Berita Harian

BUDI MARA pencetus pelajar MRSM cemerlang

70 penuntut dari seluruh negara capai PNG lebih 3.7 dibawa jelajah Kuala Lumpur tiga hari dua malam

- Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com.my

Putrajaya: “Saya nak buktikan, walaupun ibu bapa bercerai, saya mampu mendapat keputusan cemerlang,” kata Hanina Zaffira Hukmee, pelajar Tingkatan Dua, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian.

Hanina Zaffira adalah penerima Program Bantuan Untuk Pendidikan MARA (BUDI) iaitu bantuan yang diberikan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan kurang berkemampu­an.

Pada peperiksaa­n akhir lalu, Hanina Zaffira membuktika­n kecemerlan­gan apabila mendapat Purata Nilai Gred (PNG) 4.0.

Berikutan kecemerlan­gan itu, pelajar berasal dari Kulim Kedah ini bersama 69 lagi pelajar B40 (miskin tegar) MRSM dari seluruh negara yang mendapat PNG lebih 3.7 dibawa menjelajah Kuala Lumpur selama tiga hari dua malam.

“Saya bersyukur dapat belajar di MRSM dan menerima pelbagai bantuan menerusi program BUDI. Ibu tak risau lagi mengenai perbelanja­an kerana saya bukan saja tidak perlu membayar yuran tetapi turut diberi biasiswa (wang saku).

“Kakak saya yang juga belajar di MRSM berpesan supaya mendapat keputusan yang baik dan jika keputusan biasa, lebih baik bersekolah harian saja.

“Banyak kelebihan belajar di MRSM kerana di sini, pelajarnya bersaing secara sihat dan guru sangat membantu,” katanya yang bercita-cita menjadi saintis itu.

Impian Eisya Zalikha Mohd Razali dari MRSM Besut untuk melawat Kuala Lumpur tercapai apabila dibawa melawat Petrosains di KLCC.

“Saya terkejut apabila guru menyerahka­n surat tawaran melawat Kuala Lumpur. Ia diberikan kerana saya mendapat keputusan PNG 3.93 pada peperiksaa­n lalu.

“Seronok dapat melawat Petrosains kerana saya minat subjek Sains. Saya akan belajar lebih bersungguh-sungguh untuk dapatkan PNG 4.0 dan merebut apa saja peluang diberikan MARA,” kata anak pemandu lori berasal dari Besut, Terengganu itu.

Keterujaan untuk ke Kuala Lumpur turut dirasai Datu Asmawie Wan Asmidar, pelajar Tingkatan 4 dari MRSM Kota Kinabalu kerana berpeluang buat kali pertama menaiki kapal terbang.

“Sebagai anak yatim, saya tidak menjangka dapat menaiki kapal terbang dan berkunjung ke Kuala Lumpur seawal usia 16 tahun.

“Saya anak kedua daripada lima beradik dan saya adalah orang pertama dalam keluarga yang dapat menaiki kapal terbang.

“Suatu hari nanti, saya akan bawa ahli keluarga menaiki kapal terbang melawat Kuala Lumpur. Saya nak ahli keluarga merasai keseronoka­n yang saya rasakan sekarang,” kata pelajar berasal dari Ranau, Sabah.

Datu Asmawie yang mendapat keputusan PNG 3.75, berazam mendapat 9A+ dalam peperiksaa­n SPM tahun depan.

Kejayaan cemerlang dalam kalangan pelajar MRSM adalah didorong oleh corak pembelajar­annya dan sistem homeroom.

Menurut guru homeroom, Siti Rohaya Mohamad, kelebihan MRSM adalah kerana memiliki sistem homeroom yang lebih bersifat holistik berbanding mentor-menti di sekolah lain.

“Memandangk­an pelajar jauh daripada ibu bapa, kami guru homeroom adalah pengganti dan kami berperanan menguruska­n emosi mereka.

“Kami adalah penghubung antara ibu bapa dan pelajar. Jika pelajar ada masalah mereka, akan merujuk kepada guru homeroom, begitu juga ibu bapa jika mahu mendapat maklumat dan berkongsi masalah anak, mereka akan merujuk kepada kami,” katanya.

BUDI adalah program membabitka­n pemberian bantuan sepenuhnya seperti wang saku, wang caruman, pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolah­an, buku teks dan keperluan asas asrama serta yuran yang wajib dibayar oleh pelajar.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kementeria­n memperuntu­kkan sebanyak RM1,650,000 kepada 1,500 pelajar sedia ada di MRSM yang terbabit di bawah program BUDI untuk tahun ini.

“Program BUDI turut membabitka­n penajaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pusat zakat antaranya Yayasan Peneraju, Pendidikan di bawah BUDI-TUNAS GELIGA PETRONAS, BUDI PETRONAS, BUDI YPM, BUDI PNB dan BUDI-ZAKAT- SELANGOR.

“MARA sentiasa prihatin untuk memastikan hasrat kerajaan membantu dan memberi akses pendidikan terbaik kepada anak B40 dapat dilaksanak­an,” katanya.

Rina berkata, buat kali pertama pada tahun ini, pelajar cemerlang BUDI membabitka­n Tingkatan Dua hingga Tingkatan Empat diberi peluang menjelajah Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi BUDI Holistic Developmen­t Programme.

Program ini memberi peluang kepada mereka mendapatka­n pengetahua­n dan pengalaman mengenai laluan kerjaya serta meningkatk­an nilai motivasi pelajar.

 ??  ?? Rina menyampaik­an sijil kepada Eisya Zalikha pada sesi minum petang bersama Pelajar Cemerlang Budi MARA di Putrajaya, baru-baru ini.
Rina menyampaik­an sijil kepada Eisya Zalikha pada sesi minum petang bersama Pelajar Cemerlang Budi MARA di Putrajaya, baru-baru ini.
 ??  ?? Pelajar cemerlang MRSM dari seluruh negara diberi peluang melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi BUDI Holistic Developmen­t Programme, baru-baru ini.
Pelajar cemerlang MRSM dari seluruh negara diberi peluang melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi BUDI Holistic Developmen­t Programme, baru-baru ini.
 ??  ?? Pelajar B40 MRSM dari seluruh negara mengadakan lawatan sambil belajar di Petrosains, baru-baru ini.
Pelajar B40 MRSM dari seluruh negara mengadakan lawatan sambil belajar di Petrosains, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia