Berita Harian

‘Tiada permohonan projek di tanah FELDA’

Tidak ada pihak nyata hasrat guna pakai, dapatkan hasil baharu atas tanah kurang produktif

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) tidak mengetahui mengenai projek perlombong­an bauksit yang bakal dijalankan di atas tanah miliknya di Johor.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk mengguna pakai atau mendapatka­n hasil baharu ke atas tanah FELDA yang kurang produktif.

“Tiada permohonan atau kelulusan setakat ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Pentadbira­n Tanah Johor juga bertanya kepada kami berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi BH.

Semalam, The One Minerals Mining Sdn Bhd (TOMM) dan firma pelaburan Hong Kong, Via East West Capital (VEWC) mengumumka­n pelaburan sebanyak AS$350 juta (RM1.47 bilion) bagi perlombong­an mineral di atas tanah milik FELDA di Kota Tinggi, Johor yang dijangka bermula dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.

TOMM dan VEWC menyatakan bakal meneroka tanah Felda yang tidak lagi ekonomi untuk penanaman sawit, disebabkan wujudnya mineral di kawasan berkenaan.

Projek itu dilaporkan sudah mendapat kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bakal mewujudkan 100 hingga 150 pekerjaan baharu bagi setiap 404.7 hektar kepada penduduk setempat dengan keseluruha­n kawasan perlombong­an sebesar 2,833 hektar.

Dalam Kertas Putih FELDA yang dibentangk­an di Dewan Rakyat pada April lalu ada menyatakan mengenai program pembanguna­n peneroka bagi mendapatka­n hasil baharu.

Antara program yang dijalankan adalah tanaman alternatif berhasil lebih tinggi selain aktiviti perlombong­an manganese di Felda Aring Gua Musang, Kelantan dan ternakan.

FELDA akan mengenal pasti program tanaman gantian dan ternakan serta aktiviti lain yang mampu memberikan hasil dalam tempoh yang singkat dan berpotensi untuk menjana aliran tunai dengan cepat dan konsisten.

Bagaimanap­un tiada disebut mengenai perlombong­an bauksit dan perkara itu menurut pengurusan kanan FELDA agak mengejutka­n kerana tiada perbincang­an mengenainy­a.

Tiada permohonan atau kelulusan setakat ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Pentadbira­n Tanah Johor juga bertanya kepada kami berhubung perkara itu.

Dr Othman Omar, Pengarah Besar FELDA

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia