Berita Harian

Wisma Putra bantu urus mayat Nora Anne

-

Kuala Lumpur: Wisma Putra akan membantu dari segi dokumentas­i dan bekerjasam­a dengan Kedutaan Ireland di sini bagi menguruska­n mayat Nora Anne Quoirin, 15.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata setakat ini, Kerajaan Malaysia telah memberikan bantuan melalui pelbagai kementeria­n dan agensi kepada keluarga remaja itu, yang mayatnya ditemui kelmarin selepas 10 hari dilapor hilang.

Beliau berkata, wakil kementeria­nnya bersama wakil polis dari Ireland dan Perancis telah mendapat kebenaran untuk berada dalam bilik bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) sebagai pemerhati sepanjang proses berkenaan.

“Seorang pegawai perhubunga­n daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula ditempatka­n bersama keluarga Nora Anne atas arahan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Abdul Hamid Bador),” katanya kepada

Saifuddin berkata, peguam mewakili keluarga mendiang, Sankara N Nair turut dibenar melihat mayat remaja berkenaan kelmarin.

Sementara itu, Sankaran berkata, laporan bedah siasat mendiang akan terus dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutny­a.

“Kebiasaann­ya kematian mengejut memerlukan inkues. Saya BERNAMA, semalam. akan meminta Peguam Negara mempertimb­angkan sama ada inkues diperlukan dalam kes ini.

“Bagaimanap­un, buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah atau tidak dalam kes ini, perlu tunggu laporan bedah siasat dikeluarka­n sebelum tindakan selanjutny­a diambil,” katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa turut hadir di HTJS pagi semalam sebagai prosedur sebelum bedah siasat dimulakan.

Mengenai tindakan yang akan diambil keluarga mendiang selepas ini, Sankaran berkata, perkara itu belum dibincangk­an kerana perlu menunggu keputusan bedah siasat terlebih dahulu.

“Kami masih memikirkan tindakan seterusnya. Oleh kerana keluarga mendiang baru melalui satu detik yang sangat menyedihka­n, saya rasa mereka mungkin belum dapat menjelaska­n tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ?? [Foto EPA] ?? Pasukan patologi dari Hospital Kuala Lumpur tiba di Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk melakukan siasatan ke atas mayat Nora Anne.
[Foto EPA] Pasukan patologi dari Hospital Kuala Lumpur tiba di Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk melakukan siasatan ke atas mayat Nora Anne.
 ??  ?? Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia