Berita Harian

Pelbagai pihak zahir kesedihan

-

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau berasa sangat sedih dengan kematian Nora Anne Quoirin.

“Saya sangat sedih dengan kematian Nora Anne dan mengucapka­n takziah sedalam-dalamnya kepada keluargany­a. Saya berdoa mereka kuat untuk melalui waktu yang sukar ini.

“Kita juga percaya polis akan berusaha yang terbaik untuk merungkai kematian tragik ini,” katanya yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Twitter beliau, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin turut melahirkan rasa sedih dengan penemuan mayat remaja Ireland itu dan mengucapka­n simpati serta takziah kepada keluarga mendiang.

“Saya berasa sedih dengan perkembang­an terkini kehilangan remaja Ireland dari resort penginapan keluargany­a yang berakhir dengan penemuan mayatnya.

“Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan ingin mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mendiang atas musibah yang menimpa,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat serta semua pihak yang terbabit dalam usaha pencarian termasuk pasukan sukarelawa­n yang membantu.

Di Putrajaya, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang juga menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga mendiang, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia memberi bantuan kaunseling kepada

Saya sangat sedih dengan kematian Nora Anne dan mengucapka­n takziah sedalamdal­amnya kepada keluargany­a.

Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

keluarga remaja itu.

“Kaunselor dari JKM sudah bersiap sedia di Seremban untuk membantu keluarga remaja itu jika diperlukan. Saya juga ada di hospital (Hospital Tuanku Ja’afar Seremban) semalam (kelmarin) bersama keluarga mendiang,” katanya pada satu sidang media.

Di Seremban, Kerajaan Negeri Sembilan turut merakamkan ucapan takziah serta melahirkan perasaan sedih dengan kematian Nora Anne yang dianggap sebagai tetamu negeri.

“Kita berharap kejadian ini yang pertama dan terakhir di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya dan diharap tidak berulang lagi,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminudin Harun pada sidang media, semalam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia