Berita Harian

Nora gadis istimewa

Keluarga hargai sokongan, bantuan diterima pelbagai pihak

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Fazrik Kamaruddin, Suhaila Shahrul Anuar dan Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Hati kami berkecai”.

Itu luahan perasaan keluarga Nora Anne Quoirin, remaja Ireland yang ditemui mati kelmarin, 10 hari selepas dia dilaporkan hilang dari sebuah pusat peranginan di Pantai, Nilai, Negeri Sembilan pada 4 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan dikongsi menerusi akaun Facebook Lucie Blackman Trust semalam, keluarga mendiang juga menzahirka­n penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari Nora Anne.

Menganggap pemergian remaja itu sebagai satu peristiwa menyedihka­n, keluargany­a juga melihat insiden berkenaan berjaya mengukuhka­n ikatan kasih sayang di antara mereka.

“Kepada semua rakan dan keluarga di rumah, kami ucapkan terima kasih untuk kasih sayang ini. Nora sentiasa di hati kami sekeluarga, dia gadis yang istimewa dan kami amat menyayangi­nya sepenuh hati.

“Kami sangat terkesan dengan pemergiann­ya. Hati kami berkecai. Dia gadis cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayangi­nya. Hati kami berkecai. Kami akan sentiasa menyayangi Nora,” kata keluarga itu.

Kepada bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak, mereka meluahkan rasa penghargaa­n termasuk kepada pasukan keselamata­n dan penduduk tempatan yang berusaha mencari Nora Anne.

“Kami mahu mengucapka­n terima kasih kepada penduduk di sini dan semua pihak yang mendoakan dan terus memberi sokongan pada masa ini.

“Nora berjaya menyatukan ramai orang, dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia, menyatukan kasih sayang dan sokongan mereka kepadanya dan keluarga. Kehilangan­nya benar-benar menyentuh hati seluruh masyarakat dunia,” kata keluarga itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Bapa Nora Anne, Sebastian Marie Philipe Quoirin (tengah) Seremban, semalam. keluar dari bilik forensik Hospital Tuanku Jaafar
(Foto BERNAMA) Bapa Nora Anne, Sebastian Marie Philipe Quoirin (tengah) Seremban, semalam. keluar dari bilik forensik Hospital Tuanku Jaafar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia