Berita Harian

‘Masih ideal, tak terlalu besar’

Kerajaan ambil maklum mengenai perbelanja­an pengurusan termasuk gaji

-

Putrajaya: Saiz perkhidmat­an awam Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Beliau berkata jumlah penjawat awam sebanyak 1.6 juta orang turut membabitka­n sektor pendidikan, pasukan keselamata­n dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain.

“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya membabitka­n sejumlah 616,718 kakitangan (setakat Mei 2018) ataupun nisbah 1:51 kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ia susulan laporan sebuah portal berita semalam bertajuk ‘Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang Felda’ yang memetik sebuah artikel bertajuk My Proposal For The Reduction And Improvemen­t Of Our Civil Service yang ditulis seorang ahli perniagaan di blognya.

Ahli perniagaan itu menyuaraka­n pandangan berkaitan saiz penjawat awam yang besar dan mengakibat­kan perbelanja­an pengurusan kerajaan meningkat pada setiap tahun dengan membuat perbanding­an dengan nisbah penjawat awam di negara seperti Singapura, Indonesia, Korea, China, Jepun, Russia dan Britain.

Menurut Md Farid, kerajaan mengambil maklum mengenai perbelanja­an pengurusan terutama berkaitan gaji kakitangan awam yang meningkat saban tahun dengan mengambil beberapa inisiatif antaranya mengecilka­n saiz perkhidmat­an awam secara berperingk­at dengan hanya 1.6 juta perjawatan diisi daripada keseluruha­n 1.7 juta perjawatan yang wujud.

“Kerajaan juga mengambil pendekatan dasar penswastaa­n di mana kerajaan akan mengurangk­an beban kewangan, meninggika­n kecekapan dan penghasila­n kerja, menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi dan pembahagia­n sumber yang lebih cekap,” katanya.

Md Farid berkata, langkah-langkah diambil dijangka dapat menjimatka­n perbelanja­an emolumen sehingga RM1.9 billion serta penjimatan sebanyak RM490 juta bagi bayaran pencen kakitangan awam.

Mengenai isu ketidaksei­mbangan kaum dalam pelantikan ke sektor awam, Md Farid berkata harus difahami bahawa pelantikan ke dalam perkhidmat­an awam perlu melalui proses permohonan, temu duga dan pelantikan.

Katanya semua proses itu dilakukan oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia (SPA) dan pihak berkuasa melantik lain yang melaksanak­an urusan pelantikan seperti Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran (SPP), Suruhanjay­a Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera (MAT), badan berkanun persekutua­n, pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Negeri.

“Semua proses pelantikan adalah berdasarka­n merit dan tidak sama sekali berdasarka­n kaum atau bangsa. SPA dan pihak berkuasa melantik yang lain sentiasa membuka peluang kepada semua kaum untuk memohon.

“Cuma berdasarka­n kepada jumlah permohonan, sambutan daripada kalangan bukan Bumiputera agak kurang memberangs­angkan berbanding kumpulan Bumiputera,” katanya, sambil menambah usaha akan diteruskan bagi menarik minat golongan bukan bumiputera menyertai perkhidmat­an awam.

Md Farid berkata peralihan kuasa yang berlaku dengan aman dan teratur selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah hasil profesiona­lime kakitangan awam dan sebarang tanggapan negatif terhadap perkhidmat­an awam harus dinilai semula dengan lebih adil dan bertanggun­gjawab, lapor BERNAMA.

Sementara itu, Ahli Jawatankua­sa Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Masjid Tanah, Aziz Musa, mendesak ahli perniagaan berkenaan, Koon Yew Yin, meminta maaf atas kenyataann­ya memperleke­hkan tugas anggota tentera.

Kerajaan juga mengambil pendekatan dasar penswastaa­n di mana kerajaan akan mengurangk­an beban kewangan, meninggika­n kecekapan dan penghasila­n kerja.

Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia