Berita Harian

Kes Nora Anne jangan berulang

-

Sedih sekali kisah kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, berakhir dengan penemuan mayat mangsa pada hari ke-10 pencarian, kelmarin. Takziah kita ucapkan kepada keluarga. Sesungguhn­ya seluruh Malaysia amat bersimpati dan meratapi kejadian yang menimpa mangsa.

Kita juga menghargai jasa pasukan mencari dan menyelamat. Ramai antara mereka mengorbank­an cuti Aidiladha masing-masing untuk berkampung dan berusaha mengesan Nora Anne sejak hari pertama remaja Ireland itu dilaporkan hilang. Sehingga kini punca kematian mangsa belum disahkan pihak berkuasa.

Apa sekalipun, kejadian menimpa Nora Anne harus dijadikan iktibar semua pihak. Tarikan resort atau rumah penginapan khususnya berkonsepk­an ekopelanco­ngan memang sentiasa menjadi pilihan pelancong asing. Jadi aspek keselamata­n tidak boleh dipandang remeh. Sebarang risiko bahaya yang mungkin ada perlu dihapuskan.

Kita tidak mahu lagi kisah yang menimpa Nora Anne ini berulang kepada mana-mana pelancong baik tempatan atau dari luar negara. Ia bukan sahaja menjejaska­n imej resort itu sendiri, tetapi lebih teruk memberi persepsi negatif kepada sektor pelanconga­n negara, lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) yang menyasarka­n kunjungan 30 juta pelancong tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia