Berita Harian

Elak ‘label’ Malaysia negara pengotor

-

Tidak keterlalua­n dikatakan senario tandas awam kotor agak sinonim dengan negara kita. Mungkin agak kasar, namun itulah hakikat perlu kita semua terima. Apakah ini bermakna masyarakat Malaysia sememangny­a pengotor?

Bercakap soal tandas awam kotor, semuanya berbalik kepada sikap masyarakat kita sendiri. Mentang-mentanglah statusnya tandas awam, ramai tidak ambil kisah keadaannya seolah-olah tiada sedikit pun rasa tanggungja­wab untuk menjaga kemudahan itu seperti harta sendiri. Tak guna salahkan orang lain, jika diri sendiri pun tak ada inisiatif untuk menjaga harta benda awam sebaik mungkin.

Sepatutnya masyarakat kita malu apabila orang luar melihat tandas awam negara ini dipenuhi puntung rokok atau tisu dibuang merata di atas lantai. Itu tidak termasuk dinding yang dipenuhi contengan termasuk berunsur lucah. Bayangkan jika 30 juta pelancong yang hadir ke Malaysia tahun depan semuanya menjaja pengalaman buruk mereka mengenai tandas kotor di Malaysia, apa impak yang akan kita terima?

Pastinya kita tidak mahu imej negara pengotor dijadikan ‘label’ oleh pelancong luar apabila nama Malaysia disebut. Yang peliknya, orang kita pandai membanding­kan sikap dan moral tinggi rakyat negara tertentu terhadap tanggungja­wab menjaga kebersihan, namun diri sendiri masih lagi buang sampah merata-rata. Ingatlah tanggungja­wab menjaga kebersihan dan harta benda awam perlu bermula dengan diri kita sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia