Berita Harian

Cari jalan selesai isu gaji Liga M

- Penulis ialah Penolong Pengarang Sukan BH

Isu tunggakan gaji pemain bola sepak membabitka­n beberapa pasukan dalam negara yang dilaporkan berjumlah RM6.4 juta seperti didedahkan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) minggu lalu, sangat mengganggu penulis.

Sebaik membacanya, penulis mengambil masa beberapa ketika untuk memeriksa fakta dengan ‘orang lama’ sebelum memuatkan berita itu ke ruangan ‘alert’ disusuli versi penuh yang diterbitka­n ke medium dalam talian.

Meskipun kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail itu dibidas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, pendedahan dibuat perlu difahami dan dihormati kerana mereka bersolidar­iti untuk kebajikan pemain.

Nada kenyataan Izham memang pedas dan sesiapa yang terbabit pasti panas telinga. Beliau secara berani menyatakan industri bola sepak negara tidak mampu bergerak ke arah Pelan Hala Tuju FAM sama ada F:30 mahupun NEX50 selagi isu gaji pemain tidak diselesaik­an.

Memang benar kenyataan itu boleh dianggap agak umum. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, ketika mendakwa ia hanya tindakan populis PFAM, namun jauh di sudut hatinya mengakui isu tunggakan gaji pemain memberi sedikit kesan walaupun bertegas ia tidak akan menjejaska­n Peta Hala Tuju F:30 secara menyeluruh.

Kita pun tidak dapat meneka gambaran hati seseorang, tetapi biarlah industri bola sepak Malaysia ini bergerak ke depan tanpa terlalu kerap tersekat di tengah jalan, angkara memasukkan gear undur pada waktu yang salah.

Pihak media dan sebahagian rakyat memahami kesulitan menghimpit kehidupan seharian pemain yang tidak dibayar gaji ini. Kami doakan mereka tabah berdepan masalah itu dan harapnya tidak mengambil tindakan melulu di luar batasan undang-undang.

Diharap juga persatuan bola sepak yang masih berhutang itu tidak berdiam diri kerana penulis dapat rasakan isu ini boleh menjejaska­n hubungan baik antara PFAM, FAM dan pentadbir Liga Malaysia iaitu MFL.

Kami sebenarnya tidak gembira apabila PFAM dan FAM bermasam muka. Industri bola sepak negara perlu digerakkan menerusi gandingan muka manis pegawai-pegawai yang mengetuai organisasi ini.

Kenyataan balas FAM untuk menilai semula kerjasama dengan PFAM juga sesuatu yang amat serius dan perkara ini perlu dihentikan. PFAM dan FAM perlu berbaik untuk selama-lamanya seperti dilakukan rakan mereka di Eropah.

Alangkah baiknya jika PFAM ada dana besar seperti dimiliki rakan mereka di PFA England yang baru-baru ini mengeluark­an jaminan pinjaman sebanyak dua juta pound (RM11 juta). Ia sekali gus membolehka­n kelab bergelut Bolton Wanderers kekal bersaing dalam League 1, meskipun awal-awal sudah dipotong 12 mata angkara tunggakan gaji kepada pemain dan staf selama lima bulan.

Masalah ini nampaknya isu sejagat, tetapi pemain Liga M yang terbabit tunggakan gaji ini sudah lama bersabar.

PFAM pula tidak lagi yakin dengan jaminan menerusi rundingan kerana persatuan sendiri melanggar janji dan terus berdolak dalik sesama sendiri, dengan menyalahka­n pihak lain dalam melunaskan gaji tertunggak itu.

Isu tunggakan gaji perlu diselesaik­an segera kerana penulis sukan di Malaysia rata-rata mahu menikmati sedikit ruang cuti daripada terus mengorek cerita tidak enak ini, selain mahu mengelak sindiran pedas dan menahan telinga daripada rakan sekerja dari negara jiran setiap kali bertembung nanti.

Maka pada bulan baik ini bersempena semangat Kemerdekaa­n, PFAM dan FAM perlu mencari titik damai dan bekerjasam­a meleraikan isu gaji tertunggak ini dalam fasa baharu yang lebih meyakinkan khalayak, supaya pemain yang teraniaya itu dapat membuang stigma hidup sebagai hamba.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 5 Ogos lalu.
Keratan akhbar BH 5 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia