Berita Harian

Lelaki rosakkan kereta penyelia diburu

-

Kuala Terengganu: Lelaki ini sesuai digelar pembuli jalan apabila merosakkan kereta milik seorang penyelia menggunaka­n kayu gara-gara perselisih­an faham dalam kejadian di Jalan Kuala Ibai, di sini, dua hari lalu.

Tidak cukup merosakkan kereta lelaki berusia 29 tahun, suspek turut mengugut mangsa supaya segera meninggalk­an lokasi berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa memandu berseorang­an sebelum bertembung dengan kereta suspek jenis Perodua Kancil.

Katanya, tiada sebarang kejadian buruk berlaku kerana mangsa sempat mengelak sebelum meneruskan perjalanan ke rumahnya di Kuala Ibai.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa menyedari dikejar Perodua Kancil sebelum pemandunya mengarahka­n dia berhenti, dan mangsa yang tidak mengesyaki akur dengan arahan suspek sebelum memberhent­ikan keretanya lalu menurunkan cermin kereta.

“Bagaimanap­un, suspek meminta mangsa keluar dari keretanya selain turut mengarahka­n keluar dari kawasan itu dengan segera.

“Mangsa yang enggan memanjangk­an keadaan meminta maaf, namun suspek tiba-tiba bertindak agresif apabila mengambil kayu dari dalam keretanya sebelum memukul kereta mangsa lalu melarikan diri.

“Susulan kejadian itu, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek selain bimbang keselamata­n diri membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

 ??  ?? Razmi Mohd Gunnos
Razmi Mohd Gunnos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia