Berita Harian

Bantuan RM2,000 nelayan terjejas

LKIM umum sumbangan kepada 176 keluarga di utara Semenanjun­g

- Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

Georgetown: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumumka­n bantuan RM2,000 kepada setiap nelayan yang terjejas akibat ribut kesan tempias Taufan Lekima, Jumaat lalu.

Pengerusin­ya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata bantuan itu akan diberikan kepada 176 keluarga nelayan di utara Semenanjun­g yang kediaman masing-masing rosak akibat ribut itu.

“Proses dokumentas­i masih berjalan dan nelayan yang mengalami kerugian akibat ribut perlu membuat laporan polis dan berjumpa dengan persatuan nelayan di kawasan masing-masing.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu meringanka­n beban mereka,” katanya ditemui pada Program Amal Ihtimam Korban Bank Islam di Kampung Nelayan Teluk Tempoyak di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff dan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad.

Lima lembu dikorbanka­n untuk diagih kepada penduduk dan komuniti nelayan dalam program itu anjuran Bank Islam bersama LKIM sebagai rakan strategik.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, LKIM dalam usaha menambah kemudahan quick freezing (IQF) di setiap negeri bagi meningkatk­an pengeluara­n ikan Qfish, iaitu ikan segar beku yang terdiri daripada ‘ikan rakyat’.

Katanya, kemudahan IQF kini hanya berada di Besut, Terengganu

Proses dokumentas­i masih berjalan dan nelayan yang mengalami kerugian akibat ribut perlu membuat laporan polis.

dan di Kuala Kedah, Kedah. Ia dijangka ditambah di beberapa negeri lain pada masa depan.

“Ikan segar beku iaitu ikan popular seperti kembung, selar dan selayang ini biasanya dijual pada harga murah iaitu RM10 sekilogram.

“Dengan pertambaha­n IQF, ia dijangka mencapai agenda LKIM bagi rejuvenasi industri perikanan dalam usaha kerajaan untuk mengurangk­an kos sara hidup dan pada masa yang sama meningkatk­an pendapatan nelayan,” katanya.

Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi LKIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia