Berita Harian

120 rumah rosak di Hutan Melintang, Rungkup

-

Bagan Datuk: Tempias Taufan Lekima yang membadai beberapa negeri Jumaat lalu turut menyebabka­n 120 rumah di Hutan Melintang dan Rungkup di sini terjejas membabitka­n kerugian lebih RM173,000.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Zaliha Mustafa, berkata setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka, namun agensi terbabit sentiasa bersiap sedia membantu mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Katanya, bantuan awal juga sudah diberikan kepada mangsa yang terbabit di daerah Bagan Datuk oleh agensi terbabit.

“Setakat ini kita bersama JKM mengagihka­n kit bencana kepada mangsa dan kita akan lihat bagaimana keadaan rumah serta melihat keperluan bantuan kerosakan lain,” katanya ditemui ketika melawat rumah penduduk yang terjejas di Jalan Bagan Sungai Belukang, Rungkup, di sini, semalam.

Yang hadir sama dalam lawatan itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bagan Datuk merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah, Muhammad Amin Safie; wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui, Ruhaida A Ghani, 43, berkata kira-kira jam 1 pagi, dia terjaga apabila mendengar deruan angin kuat sebelum tiba-tiba bumbung bersama kekuda rumah diterbangk­an angin kuat diikuti hujan lebat.

“Saya bersama suami serta dua anak terus bergegas meninggalk­an rumah untuk berteduh di rumah ibu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah kami. Tambahan pula, tiga lagi anak kami tidur di rumah ibu,” katanya sedih kerana persiapan Aidiladha dan buku sekolah anaknya rosak dalam kejadian itu.

Ruhaida berkata, dia dan keluarga kini menumpang di rumah ibunya. Selain bersedih, mereka juga runsing memikirkan bagaimana dengan pendapatan suaminya sebagai seorang tukang kimpal dapat mengumpul dana kira-kira RM10,000 untuk membaiki kerosakan rumah.

 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) ?? Dr Zaliha (empat dari kiri) melawat rumah Ruhaida (empat dari kanan) dalam kejadian ribut di Jalan Bagan Sungai Belukang, Rungkup, Bagan Datuk, semalam.
(Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) Dr Zaliha (empat dari kiri) melawat rumah Ruhaida (empat dari kanan) dalam kejadian ribut di Jalan Bagan Sungai Belukang, Rungkup, Bagan Datuk, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia