Berita Harian

IPU Semenanjun­g tahap sederhana

Kebakaran hutan di Sumatera, Kalimantan beri kesan peningkata­n bacaan: JAS

- Oleh Syalikha Sazili syalikha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia memberi kesan kepada peningkata­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Semenanjun­g apabila berada pada tahap sederhana.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam, IPU di Johan Setia, Klang mencatatka­n bacaan 86 hingga 90.

Bagaimanap­un, keadaan berbeza di Sarawak apabila kualiti udara di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri, terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan IPU 361.

Kebakaran kecil belukar tanah gambut yang berlaku di beberapa kawasan di Sarawak turut menyumbang kepada kemerosota­n kualiti udara pada tahan sangat tidak sihat di Kuala Baram dan Sri Aman.

Kuala Baram mencatatka­n bacaan IPU 268, manakala Sri Aman pula dengan IPU 239.

JAS berkata, pihaknya telah meningkatk­an tindakan penguatkua­saan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

Berdasarka­n tahap bacaan IPU, 0-50 menunjukka­n kualiti udara sihat; 51-100 sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MYIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatka­n bacaan IPU terkini pada setiap jam.

Orang ramai dinasihatk­an melayari laman web Kementeria­n Kesihatan (www.moh.gov.my) bagi mendapatka­n nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu.

 ?? [Foto Mustaffa Kamal/bh] ?? Pemandanga­n Kuala Lumpur yang merekodkan semalam. bacaan IPU 77 pada tahap sederhana setakat jam 4 petang,
[Foto Mustaffa Kamal/bh] Pemandanga­n Kuala Lumpur yang merekodkan semalam. bacaan IPU 77 pada tahap sederhana setakat jam 4 petang,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia