Berita Harian

Wujud badan khas kawal selia agensi berkaitan sumber air

-

Petaling Jaya: Sebuah badan khas perlu diwujudkan bagi memantau dan mengawal selia secara bersepadu semua agensi serta jabatan kerajaan yang terbabit dalam bidang penguatkua­saan dan kawalan sumber bekalan air negara.

Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN), Charles Santiago, berkata badan khas itu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan akan berfungsi menyelaras dan memantau tugas setiap agensi serta jabatan terbabit jika berlaku pencemaran terhadap sumber air seperti dalam kes pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Katanya, ketiadaan badan khas ketika ini menyebabka­n tiada pihak yang mahu mengambil tanggungja­wab dan bertindak jika berlaku pencemaran sungai atau sumber air mentah negara.

“Masalah yang berlaku ketika ini ialah kita mempunyai terlalu banyak agensi dan jabatan yang berkaitan apabila berlaku pencemaran sungai atau bekalan air.

“Semua pihak menuding jari jika berlaku pencemaran. Tiada yang nak ambil tanggungja­wab atau tindakan atas alasan kononnya bukan di bawah bidang kuasa mereka.

“Dalam kes pencemaran Sungai Kim Kim misalnya, apabila (agensi saling menuding jari) berlaku, itu sebabnya Pegawai Daerah mengamuk.

“Ini sebabnya perlu satu badan khas untuk memberi arahan kepada agensi berkaitan bertindak mengikut bidang kuasa katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pencemaran Sungai dan Impak Terhadap Bekalan Air Di Semenanjun­g Malaysia anjuran SPAN di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.

Negara sebelum ini berdepan insiden pencemaran air sungai kronik seperti pencemaran Sungai Kim Kim yang menjejaska­n 6,000 penduduk di Pasir Gudang pada Mac lalu.

Pada April lalu, 1,000 penduduk

Ketiadaan badan khas ketika ini sebabkan tiada pihak yang mahu ambil tanggungja­wab dan bertindak jika berlaku pencemaran sungai atau sumber air mentah negara.

masing-masing,” di Ayer Ganda, Perak terjejas selepas berlaku pencemaran arsenik pada loji rawatan air Ayer Ganda.

Pada Julai lalu, pencemaran bau dan diesel di Sungai Selangor menyebabka­n bekalan air kepada lima juta akaun pengguna di Lembah Klang terjejas selama seminggu.

Charles berkata, usaha mewujudkan badan khas ini perlu sebagai pelan strategik dan proaktif bagi kerajaan untuk menangani risiko berlaku krisis bekalan air akibat pencemaran.

“Adakah kita perlu menunggu sehingga berlaku lagi krisis bekalan air mentah baru hendak bertindak? Kita sudah 30 tahun berdepan masalah ini. Ia harus ditangani segera,” katanya.

Beliau juga berkata, jika isu pencemaran sungai terus berlaku, ia dibimbangi akan meningkatk­an kos rawatan air sungai, sekali gus akan mendorong kenaikan tarif air.

Katanya, SPAN juga berharap kerajaan sedia menimbang untuk meminda Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 bagi meningkatk­an denda sebagai langkah kawalan dan menyedarka­n industri tidak melakukan pencemaran pada sungai.

Charles Santiago, Pengerusi SPAN

 ?? [Foto Mohd Azren Jamaludin/bh] ?? Negara sebelum ini berdepan insiden pencemaran air sungai kronik seperti pencemaran Sungai Kim Kim yang menjejaska­n 6,000 penduduk di Pasir Gudang pada Mac lalu.
[Foto Mohd Azren Jamaludin/bh] Negara sebelum ini berdepan insiden pencemaran air sungai kronik seperti pencemaran Sungai Kim Kim yang menjejaska­n 6,000 penduduk di Pasir Gudang pada Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia