Berita Harian

Suspek kes cubaan samun penunggang Grab Food didakwa

-

Petaling Jaya: Lelaki berusia 33 tahun yang juga suspek kes cubaan samun penghantar makanan Grab Food, Jumaat lalu, didakwa di mahkamah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak dan Seksyen 324 kanun sama kerana sengaja menyebabka­n kecederaan.

“Suspek lelaki yang terbabit dalam kes cubaan samun penunggang Grab Food itu akan didakwa di mahkamah esok (hari ini).

“Pendakwaan juga akan dilakukan terhadap seorang lagi rakannya yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Suspek berusia 33 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Kuang Bertam, Taman Kepong, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.45 pagi Sabtu.

Sebelum ini, BH melaporkan seorang penghantar makanan Grab Food, bergelut dengan dua lelaki bagi menyelamat­kan motosikal Yamaha Y15zr miliknya daripada cuba disamun di Phileo Damansara.

Dalam kejadian jam 2.53 petang Jumaat lalu, mangsa yang berusia 22 tahun dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan Phileo Damansara 2, sebelum dihampiri dua suspek lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, kepala, belakang badan dan mulut, namun tidak mengalami sebarang kerugian selepas motosikaln­ya gagal dilarikan.

Kejadian itu turut viral di media sosial menerusi satu video dipercayai dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak dan Seksyen 324 kanun sama kerana sengaja menyebabka­n kecederaan.

Mohd Zani Che Din,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia