Berita Harian

3 bekas Ahli Parlimen UMNO disaman

-

Kuala Lumpur: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengemukak­an saman terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti terbabit yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Saman berkenaan difailkan berikutan dakwaan mereka melanggar kontrak, melanggar kepercayaa­n, mendapat kekayaan yang tidak sepatutnya berikutan sumber kewangan dan sokongan yang diberikan selain memberikan harapan yang tidak adil kepada parti.

UMNO dan BN memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan kelmarin, dengan menamakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, sebagai defendan.

Saman terhadap Hamzah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala terhadap Mustapa dan Ikmal Hisham difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

Saman itu menamakan Setiausaha Eksekutif UMNO, Mohd Sumali Reduan, yang bertindak bagi pihak parti dan Setiausaha Kerja BN, Datuk Seri Abu Khamis, sebagai plaintif.

Dalam saman berkenaan, UMNO dan BN berkata, sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), parti memberikan bantuan kewangan dan pelbagai bentuk bantuan lain kepada semua defendan bagi melicinkan proses berkempen ketika pilihan raya.

Berikutan itu, UMNO berkata, terdapat satu terma tersirat yang termaktub di antara kedua-dua belah pihak di mana defendan akan kekal sebagai ahli parti jika memenangi kerusi Parlimen bagi memajukan agenda parti untuk keperluan pengundi.

UMNO dan BN sehubungan itu memohon perisytiha­ran, antaranya, terdapat kontrak di antara plaintif pertama dan kedua dengan defendan dan kontrak berkenaan dimungkiri oleh defendan.

Ia juga turut menuntut defendan membayar ganti rugi khas berjumlah RM200,000 kepada UMNO dan ganti rugi am dibayar kepada parti itu dan BN serta ganti rugi teruk, teladan dan relif lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

 ??  ?? Ikmal Hisham Abdul Aziz
Ikmal Hisham Abdul Aziz
 ??  ?? Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin
 ??  ?? Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia