Berita Harian

Al-kahfi surah pilihan #Quranhour

Bacaan akan diperdenga­r johan qari antarabang­sa pada 30 Ogos

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surah Al-kahfi menjadi surah pilihan bagi Malaysia #Quranhour 1440H/2019 sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 yang bakal berlangsun­g di Masjid Putra, Putrajaya, pada 30 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, berkata Malaysia #Quranhour kali ini istimewa, kerana bacaan surah itu akan diperdenga­rkan barisan qari yang menjadi johan pertanding­an peringkat antarabang­sa.

“Sebanyak 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Al-kahfi dipilih sebagai panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran.

“Kita juga perlu bersatu membentuk ummah berbudi dan penyayang, dengan membawa pesan kemerdekaa­n daripada al-quran dalam menangani serta melahirkan rumusan terhadap cabaran akhir zaman.

“Kita harap agar usaha menghayati kandungan al-quran ini akan menjadi rumusan ke arah kesejahter­aan ummah seluruhnya.

“Sesi pengisian ini diikuti dengan Resolusi Al-kahf, Pesan Kemerdekaa­n oleh tokoh dan diakhiri dengan doa untuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sinergi Media sempena Malaysia #Quranhour 1440H/2019 di Seksyen 15 di sini, semalam.

Marhaini berkata, beberapa kelainan dibawakan kali ini, termasuk pemilihan lokasi perdana di Masjid Putra itu.

“Malaysia #Quranhour akan bermula pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat di masjid berkenaan, malah rakyat Malaysia di dalam dan luar negara turut berinterak­si pada hari dan waktu sama di tempat masing-masing.

“Lebih istimewa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai penaung dan peneraju bagi Malaysia #Quranhour menjadikan Malaysia #Quranhour sebagai agenda nasional, untuk mengajak orang ramai mendekati al-quran sebagai panduan kehidupan.

“Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya, menyambut baik tema ‘Pesan Kemerdekaa­n Surah Al-kahf ’ yang bersesuaia­n dengan sambutan Hari Kemerdekaa­n,” katanya.

Beliau berkata, seperti tahun sebelum ini, program Malaysia #Quranhour itu terbuka kepada orang ramai dan pihaknya menjangka 7,000 orang menyertain­ya di Masjid Putra nanti.

Katanya, mereka yang ingin menyertai dan menganjurk­an aktiviti berinterak­si al-quran boleh mendaftar di http://bit.ly/mqh1440h atau melayari Facebook World #Quranhour.

Malaysia #Quranhour akan bermula pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat, malah rakyat Malaysia di dalam dan luar negara turut berinterak­si pada hari dan waktu sama di tempat masing-masing.

Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia