Berita Harian

Guarana berpotensi jadi tanaman alternatif getah, sawit

Nilai tanaman cecah AS$1,600 satu kilogram ekstrak 100 peratus

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Malaysia berpotensi menjadi pengeluar tunggal produk guarana di Asia Tenggara jika kerajaan dapat mempertimb­angkan untuk membangunk­annya sebagai tanaman alternatif bagi komoditi getah dan sawit.

Bagi tujuan itu, Koperasi Komuniti Selatan Bhd (KKSB) sudah memohon permit bagi membawa masuk biji benih guarana sebagai tanaman alternatif berpanduka­n sepenuhnya nasihat dan arahan Jabatan Biosekurit­i Tumbuhan Malaysia.

Ia susulan isu dakwaan penipuan yang membabitka­n skim tanaman itu sebelum ini, selain keputusan kerajaan mengharamk­an pengimport­an biji dan bahan tanaman kerana mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB) yang membahayak­an industri getah dan tanaman lain di Malaysia.

Penasihat Perniagaan KKSB, Datuk Seri Zakwanihaf­iz Ahmad Ansari, berkata walaupun industri sawit dan getah terjejas dengan kejatuhan harga, tanaman guarana masih mampu menjadi alternatif menjana pendapatan kerana nilai yang tinggi mencecah AS$1,600 satu kilogram bagi ekstrak 100 peratus.

Justeru, katanya KKSB sudah menjalanka­n kajian daya maju bagi membawa masuk benih terbabit termasuk dalam prosedur ketat merawat SALB di negara luar, proses kuarantin apabila sampai di Malaysia, dan mendapatka­n bekalan benih dari negara lain selain Brazil.

“Permohonan permit ini bagi memperbaik­i persepsi sebelum ini apabila hanya pihak tertentu boleh membawa masuk biji benih hingga menimbulka­n banyak masalah, selain ia selaras dengan saranan kerajaan mengetepik­an amalan monopoli yang berlaku sebelum ini.

“Pihak berminat untuk tanaman guarana perlu melalui koperasi yang dilantik di setiap negeri kerana proses pembelian biji benih guarana tidak lagi melalui individu bagi mengelakka­n sebarang penipuan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Guarana kebiasaann­ya digunakan di dalam pemanis atau minuman ringan berkarbona­t dan minuman tenaga, di dalam ramuan herba dan rempah ratus ataupun dikandungk­an ke dalam kapsul.

Ia sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Mengulas lanjut, Zakwanihaf­iz berkata, bagi menjernihk­an sentimen negatif berlegar tanaman itu, KKSB akan mengeluark­an produk berasaskan guarana terlebih dulu bagi membuktika­nnya mampu menjana ekonomi di pasaran global sebelum penanaman komersial di seluruh Malaysia, jika permitnya diluluskan kelak.

“Produk berasaskan tanaman guarana keluaran kami ini akan dilancarka­n selewatlew­atnya pada Oktober nanti.

“Manakala, bagi dana pelaburan yang berjaya diraih untuk pembanguna­n tanaman ini pula akan digunakan untuk membina tiga hingga empat kilang di negeri yang dikenal pasti bagi pemprosesa­n buah menghasilk­an ekstrak,” katanya.

Pihak berminat perlu melalui koperasi dilantik di setiap negeri kerana proses pembelian biji benih guarana tidak lagi melalui individu bagi mengelakka­n sebarang penipuan. Zakwanihaf­iz Ahmad Ansari, Penasihat Perniagaan KKSB

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia