Berita Harian

Pertumbuha­n suku kedua negara diunjur lebih tinggi

Perkembang­an dibantu pengukuhan angka eksport, pengeluara­n

-

Pertumbuha­n ekonomi Malaysia diunjur berkembang lebih tinggi pada suku kedua, dibantu oleh angka eksport dan pengeluara­n yang sedikit kukuh, demikian menurut pungutan pendapat oleh Reuters.

Unjuran median pungutan pendapat 13 ahli ekonomi adalah pertumbuha­n tahunan 4.8 peratus bagi tempoh April hingga Jun, lebih pantas berbanding pertumbuha­n 4.5 peratus pada suku pertama.

Unjuran individu adalah daripada 4.3 peratus ke 5.0 peratus.

Jika ekonomi berkembang melebihi 4.5 peratus, Malaysia akan menjadi negara Asia Tenggara pertama yang melaporkan pertumbuha­n lebih pantas pada suku kedua.

“Malaysia terkecuali daripada kelembapan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dipacu eksport yang dialami oleh ekonomi Asia dan global ketika ini, di tengah-tengah memuncakny­a perang perdaganga­n global dan kelemahan sektor teknologi,” kata Ahli Ekonomi ING, Prakash Sakpal.

“Ini dikaitkan dengan pemecutan pertumbuha­n pengeluara­n pada suku sama seperti yang dibuktikan daripada angka pengeluara­n perindustr­ian,” katanya.

Unjuran ING bagi suku kedua adalah pertumbuha­n 4.8 peratus.

Pada Mei dan Jun, pengeluara­n perindustr­ian Malaysia meningkat empat peratus berbanding setahun sebelumnya, angka paling kukuh sejak Oktober, disokong oleh kenaikan dalam sektor perlombong­an dan penjanaan tenaga.

Walaupun Malaysia sebagai pengekspor­t besar barangan perantara ke China tetap terkesan berikutan perang perdaganga­n China-amerika Syarikat (AS), eksportnya pada suku kedua sedikit lebih tinggi berbanding setahun lalu, disokong permintaan bagi sawit, minyak dan gas serta barangan pembuatan.

Malaysia adalah ekonomi ketiga terbesar Asia Tenggara dan eksport utamanya termasuk sawit dan gas asli cecair.

Ahli Ekonomi UOB Bank, Julia Goh, dalam notanya berkata beliau menjangkak­an pengguaan swasta kekal ‘berdaya tahan’ pada suku kedua, disokong oleh permintaan pada musim perayaan, bayaran bonus sektor swasta dan bantuan kewangan kepada kakitangan awam.

UOB mengunjurk­an suku kedua berkembang 5.0 peratus.

Namun, Goh berkata beliau meragui pertumbuha­n akan mapan berikutan risiko penurunan global semakin memuncak berikutan ketegangan perdaganga­n antara negara-negara utama, ekonomi China yang lebih lemah, kemungkina­n Brexit tidak menemui penamat dan potensi kemungkira­n kredit di Argentina.

Bagi merangsang pertumbuha­n, Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mei melaksanak­an pemotongan kadar faedah pertama sejak 2016, sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Pertumbuha­n ekonomi Malaysia dibantu angka eksport yang sedikit kukuh.
(Foto hiasan) Pertumbuha­n ekonomi Malaysia dibantu angka eksport yang sedikit kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia