Berita Harian

T7 Global, Advancecon jalin usaha sama aktiviti ECRL

-

Pembekal minyak dan gas, T7 Global Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kemuncak Sdn Bhd dan Advancecon Infra Sdn Bhd memeterai perjanjian untuk bekerjasam­a dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM44 bilion.

Advancecon Infra adalah anak syarikat Advancecon Holdings Bhd.

“Kerjasama itu akan memberikan peluang kepada pihakpihak terbabit untuk menubuhkan perkongsia­n strategik bagi pelbagai aktiviti berkaitan dengan projek berkenaan, berdasarka­n kepada kepakaran dan kekuatan yang membolehka­n mereka meneroka ke dalam kepakaran dan sumber masingmasi­ng,” kata T7 Global dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Perjanjian itu dijangka tidak akan memberi sebarang kesan material terhadap perolehan sesaham, aset bersih sesaham, penggearan, modal saham dan pemegang saham utama saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

“Jika kerjasama itu direalisas­ikan, ia akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan syarikat,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global, Tan Sri Tan Kean Soon dalam satu kenyataan berasingan berkata, industri pembinaan perlu berkembang dan menyesuaik­an diri dengan kewujudan peraturan baharu.

“Kami amat sukacita kerana dapat bekerjasam­a dengan rakan kongsi yang berpengala­man, yang mana, kepakarann­ya diiktiraf secara meluas di seluruh dunia.

“Perjanjian ini akan diperkukuh­kan lagi dengan sinergi gabungan kemahiran serta strategi jangka panjang kami,” katanya.

Pada 26 Julai, T7 Global telah mengumumka­n perjanjian kerjasama dengan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan yang mewakili kontraktor Bumiputera untuk menerokai peluang perniagaan yang berkaitan dengan projek ECRL.

ECRL yang mempunyai kepanjanga­n landasan sehingga 640 kilometer, dijangka siap menjelang Disember 2026 dan mampu menghubung­kan Kota Bharu ke Putrajaya dalam tempoh kira-kira empat jam.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia