Berita Harian

MISC catat keuntungan lebih tinggi

-

Keuntungan bersih MISC Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 meningkat 24.5 peratus kepada RM399.8 juta daripada RM321.2 juta setahun sebelumnya.

Dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia semalam, MISC berkata pendapatan pada suku dikaji meningkat kepada RM2.16 bilion berbanding RM2.14 bilion sebelumnya, terutama daripada jumlah kapal beroperasi lebih tinggi.

Perolehan sesaham meningkat kepada sembilan sen daripada 7.2 sen sebelumnya.

MISC mengisytih­arkan dividen interim tujuh sen sesaham, yang akan dibayar pada 18 September ini.

Bagi enam bulan berakhir 30 Jun, keuntungan bersih MISC melonjak kepada RM910.3 juta berbanding RM631.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu, manakala pendapatan meningkat kepada RM4.44 bilion berbanding RM4.16 bilion setahun lalu.

Mengenai prospek, MISC berkata pada separuh pertama tahun ini, perolehan kapal tangki petroleum adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, berikutan penyeimban­gan semula pasaran, dengan disokong oleh pertumbuha­n perdaganga­n minyak mentah jarak jauh.

Namun, ia berkata pemotongan pengeluara­n berterusan yang diterajui oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan serangan kapal tangki di Selat Hormuz baru-baru

Keuntungan bersih MISC melonjak kepada RM910.3 juta berbanding RM631.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu, manakala pendapatan naik kepada RM4.44 bilion berbanding RM4.16 bilion.

ini mungkin memberi kesan kepada jumlah penghantar­an dalam masa terdekat.

Bagaimanap­un, separuh kedua 2019 dijangka menyaksika­n pasaran kapal tangki akan disokong oleh peningkata­n eksport minyak Amerika Syarikat (AS) dan kenaikan permintaan tan perbatuan.

“Tinjauan keseluruha­n bagi segmen kejurutera­an berat kekal tidak menentu di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan perdaganga­n yang berpanjang­an, selain pertumbuha­n ekonomi perlahan,” katanya.

MISC berkata, di sebalik ketidakten­tuan itu, aktiviti pengeluar minyak dan gas luar pesisir terus meningkat, meskipun secara sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia