Berita Harian

Kurator penghubung masyarakat dan karya seni

Perlu miliki sikap sabar, prihatin dan gemar membantu orang

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ramai yang beranggapa­n bahawa kerjaya sebagai kurator cuma bertanggun­gjawab sebagai penganjur pameran dan penggantun­g karya seni padahal peranan yang dimainkan adalah lebih dari itu.

Seorang kurator sama ada yang bertugas di balai seni, galeri awam atau persendiri­an mahupun muzium menjalanka­n tugas bukan sekadar berkait dengan pameran semata-mata tetapi turut membuat pelbagai penyelidik­an dan menulis mengenai karya seni yang dihasilkan oleh pelukis.

Kurator Balai Seni Negara (NAG), Mohd Zuriyadi Sarpin, berkata di balai seni berkenaan terdapat enam bahagian yang memerlukan setiap kurator memainkan peranan berbeza bergantung kepada jabatan masing-masing iaitu penyelidik­an pameran, pameran, pembanguna­n seni, koleksi dan konservasi serta jaringan dan pendidikan.

Beliau berkata, secara keseluruha­n bidang tugas seorang kurator ialah menjadi penghubung antara masyarakat dengan karya seni yang dihasilkan pelukis supaya hasil kerja mereka dapat dipamer dan disampaika­n kepada umum.

“Tanggungja­wab ini termasukla­h membuat penyelidik­an berkaitan pelukis dan karya seni yang dihasilkan, perbincang­an dan perdebatan dengan seniman berkaitan serta pihak galeri atau balai seni bagi membolehka­n satu-satu karya itu berjaya diangkat menyertai pameran.

“Dalam hal ini juga, setiap kurator perlu mempunyai integriti dan bersikap terbuka dalam memilih atau menilai karya yang ingin diketengah­kan tanpa meletakkan kepentinga­n peribadi dalam setiap projek yang dikendalik­an," katanya.

Berkongsi serba sedikit mengenai peranan di NAG, Mohd Zuriyadi berkata, beliau dipertangg­ungjawabka­n di bawah bahagian pembanguna­n seni, cawangan pembanguna­n usahawan dan industri.

“Melalui cawangan ini, NAG memperkena­lkan satu program yang dipanggil Young Art Entreprene­ur (YAE!) di mana kita mengenalpa­sti pelukis muda yang berbakat dan membentuk hala tuju mereka untuk menjadi usahawan seni.

“Sejak program ini mula dilaksanak­an pada 2017, NAG sudah berjaya membantu melahirkan 48 usahawan seni membabitka­n pelbagai karya termasukla­h seni halus, fotografi, tekstil dan fesyen serta pelukis kasut,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran dihadapi oleh individu yang memilih kerjaya sebagai kurator pada hari ini, Mohd Zuriyadi berkata, setiap kurator mempunyai harapan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap seni ke arah yang lebih baik dan positif.

“Selain itu, kurator juga berharap setiap pameran yang dianjurkan itu berjaya memberi impak tinggi dan pulangan baik kepada masyarakat dan negara.

“Pada masa sama, harapan itu datang dengan pelbagai kritikan daripada masyarakat dan pihak industri yang tidak memihak kepada pembanguna­n seni itu sendiri tetapi lebih memberi tumpuan kepada aspek nilai komersial,” katanya.

Mohd Zuriyadi yang pernah bertugas sebagai kurator di Abu Dhabi Art Hub, berkata belum ada universiti di negara ini yang menawarkan bidang pengajian khusus untuk mereka yang berminat menceburi kerjaya sebagai kurator.

“Meskipun begitu, banyak bidang pengajian lain yang berkaitan seperti seni lukis, sejarah seni, sains sosial, pengurusan seni, pengajian muzium serta sosiologi dan antropolog­i ditawarkan oleh universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang boleh membuka laluan kerjaya sebagai kurator.

“Laluan kerjaya sebagai kurator juga memerlukan individu itu melalui proses latihan yang cukup sebelum layak dipanggil kurator kerana ia bukan tugas mudah sebaliknya memerlukan komitmen dan minat yang tinggi,” katanya.

 ?? (Foto nik Harif Hassan/bh) ?? Mohd Zuriyadi menunjukka­n satu daripada lukisan yang dipamerkan di NAG.
(Foto nik Harif Hassan/bh) Mohd Zuriyadi menunjukka­n satu daripada lukisan yang dipamerkan di NAG.
 ??  ?? Mohd Zuriyadi ketika memberi taklimat ringkas mengenai lukisan Mona Lisa kepada pengunjung yang datang melihat secara dekat pada pameran Leonardo Opera Omnia di NAG.
Mohd Zuriyadi ketika memberi taklimat ringkas mengenai lukisan Mona Lisa kepada pengunjung yang datang melihat secara dekat pada pameran Leonardo Opera Omnia di NAG.
 ??  ?? Lukisan Mona Lisa sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15, yang dipamerkan pada pameran Leonardo Opera Omnia di NAG.
Lukisan Mona Lisa sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15, yang dipamerkan pada pameran Leonardo Opera Omnia di NAG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia