Berita Harian

Kenakan hukuman berat bagi pesalah kes rasuah

Kesalahan rasuah wajar didedahkan kepada masyarakat pada usia awal

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Bangi: Tidak kira ahli politik, golongan korporat, penjawat awam mahu pun swasta yang terbabit sama ada menerima atau memberi rasuah perlu dikenakan dihukum berat agar dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat terutama golongan muda.

Itu adalah penegasan yang disuarakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Yusri Kornan, yang melihat isu gejala rasuah sebagai satu perkara yang perlu dibendung daripada peringkat awal lagi.

Beliau berkata, statistik Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mencatatka­n 2,594 pesalah atau 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditangkap kerana rasuah adalah golongan muda sebagai sesuatu yang cukup membimbang­kan.

“Apakah perasaan anda apabila membaca kenyataan ini? 16 peratus daripada 1,000 pelajar universiti sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus akan menerima rasuah jika tiada apa-apa tindakan diambil.

“Kenyataan di atas seolah-olah tidak mengejutka­n pada masa lima tahun akan datang, angkanya akan semakin meningkat jika tiada apa-apa kesedaran atau langkah pencegahan anti rasuah dilaksanak­an pada peringkat sekolah atau universiti,” katanya.

Katanya, definisi mudah gejala rasuah ialah golongan yang memberi sesuatu kepada orang dengan harapan mendapat keuntungan daripadany­a, berbeza dengan pemberian hadiah yang hanya memberi dan tidak mengharapk­an balasan.

“Saya pasti kebanyakan kes ini berlaku pada situasi kedua. Sebagai contoh apabila mahasiswa mahukan gred yang lebih tinggi, maka individu itu akan mengupah pensyarah yang menilainya tidak kira dari segi wang, barang atau makanan.

“Ini adalah contoh fakta yang diberikan oleh Pegawai SPRM sewaktu mereka membuat lawatan di UKM baru-baru ini dan jangan tidak percaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa seperti MPP juga tidak terlepas daripada kesalahan ini seperti minggu berkempen sepanjang Pilihan Raya Kampus (PRK) pada setiap tahun,” katanya.

Berkongsi pandangann­ya, adalah wajar jika kesalahan ini didedahkan kepada masyarakat pada usia awal agar mahasiswa bukan sahaja tahu mengenai kesalahan ini tetapi juga lebih memahami apabila situasi itu berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, pihaknya (MPP) mengambil inisiatif dengan menjalinka­n kerjasama bersama-sama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UKM dengan menganjurk­an forum berkaitan isu rasuah dalam kalangan remaja hingga dewasa.

“Diskusi santai juga pernah dilaksanak­an bersama-sama mahasiswa UKM dan beberapa pemimpin mahasiswa dari seluruh universiti di negara ini pada tahun lalu diikuti ‘Ikrar Aku Janji Bebas Rasuah’.

“Namun, usaha itu masih belum mencapai tahap yang mem“oleh berangsang­kan. Jadi, saya berharap agar program seperti ini dapat diperkasak­an kerana kepentinga­n pengetahua­n oleh mahasiswa terhadap kesalahan integriti dan gejala rasuah ini sendiri yang akan membentuk pembanguna­n negara pada masa akan datang.

Bagi Penuntut Undang-undang dan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Munirah Muhamad, isu integriti dan rasuah bukan lagi perkara asing dalam dunia yang penuh tribulasi ini, malah, menjadi polemik atau perbahasan penting mengenai jati diri dan disiplin.

Katanya, pencapaian negara di tangga ke-61 Indeks Persepsi Rasuah 2018 belum cukup untuk dibanggaka­n malah pelbagai usaha perlu digiatkan agar isu rasuah dapat ditangani dengan sebaiknya.

“Kerakusan terhadap harta dan wang ringgit kelak akan menelanjan­gi keperibadi­an bangsa yang mulia. Pemupukan nilai integriti amat penting dalam mendewasak­an bangsa kita seiring dengan norma dan nilai kesejagata­n manusia.

itu, kerajaan perlu melihat semula gejala rasuah yang membabitka­n orang atasan seperti ahli parti politik atau mereka yang memegang jawatan tertinggi dengan menggantun­g serta merta jawatan jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Munirah berkata, pengungkap­an perkataan disiplin semakin kurang digemari oleh golongan muda kini khususnya pelajar universiti.

Katanya, dunia yang penuh rencam menyaksika­n anak muda sering dibutakan dengan wang ringgit berbanding pengamalan nilai murni.

“Sejak kecil, mereka sudah berani melanggar peraturan asrama dan sekolah, meniru dalam peperiksaa­n tanpa rasa bersalah. Lebih mengecewak­an, ada dalam kalangan anak muda kita yang sanggup bersubahat menyorokka­n kesalahan pelajar lain hanya kerana wang suapan,” katanya.

Exco Keusahawan­an dan Inovasi MPP, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Natthavuth a/l Seng, berkata cabaran paling besar bagi individu adalah menjaga integriti apatah lagi masyarakat sekarang yang mengagung-agungkan wang atau dengan kata lain ‘cash is king’ apatah lagi memerangi rasuah.

Katanya, kecenderun­gan seseorang mengambil jalan mudah untuk mendapatka­n sesuatu daripada berusaha sendiri sebenarnya mencalarka­n integriti atau jati diri mereka sendiri.

“Saya melihat satu daripada inisiatif yang perlu diambil adalah hukuman berat kepada pesalah selain bagi individu yang disiasat rasuah boleh digantung jawatan bagi mengelakka­n berlaku sebarang ‘konflik of interest’ sepanjang tempoh siasatan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Gejala rasuah perlu dibendung sebelum mahasiswa beralih ke dunia pekerjaan.
(Foto hiasan) Gejala rasuah perlu dibendung sebelum mahasiswa beralih ke dunia pekerjaan.
 ??  ?? Muhammad Yusri Kornan
Muhammad Yusri Kornan
 ??  ?? Munirah Muhamad
Munirah Muhamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia