Berita Harian

Pupuk budaya benci rasuah

-

Budaya integriti perlu dipupuk ketika melangkah ke menara gading, lebih penting ke alam pekerjaan kelak. Fairuz Firdaus Arifuddin, Presiden Angkatan Mahasiswa AMAR UKM

Bangi: Keghairaha­n masyarakat melihat statistik orang muda penyumbang jumlah yang tinggi sebagai penerima rasuah tidak boleh hanya mempersala­hkan pihak universiti semata-mata.

Presiden Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah, Universiti Kebangsaan Malaysia (AMAR UKM), Fairuz Firdaus Arifuddin, berkata pembelajar­an atau kesedaran ‘Katakan Tidak Pada Rasuah’ itu sebenarnya perlu dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Ramai melihat gejala rasuah ini bermula daripada pelajar universiti tapi sedar atau tidak, budaya seperti meminta duit bagi alasan menyiapkan kerja sekolah, atau bagi menutup mulut kerana melakukan kesalahan adalah perbuatan yang tidak bermoral.

“Membantera­s gejala rasuah perlu dipupuk bermula zaman kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi penerapan serta pendedahan mengenai apa itu rasuah dan peranan sebagai manusia agar tidak memberi atau menerima rasuah bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya,” katanya.

Beliau berkata, budaya integriti perlu dipupuk sehingga individu itu melangkah ke menara gading bahkan lebih penting ke alam pekerjaan kelak.

“Saya yakin dan percaya setiap mahasiswa sudah tentu mahu menjadi seorang graduan holistik sejurus meninggalk­an alam pengajian masing-masing dan memasuki dunia pekerjaan.

“Mereka bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran tetapi turut mempunyai nilai murni dalam diri seperti jujur, berakhlak mulia dan kukuh integriti termasuk membenci rasuah, salah guna kuasa dan penyelewen­gan,” katanya.

Fairuz Firdaus berpendapa­t pelajar sekolah, mahasiswa dan belia ialah golongan muda yang akan menjadi pemimpin masa depan serta pewaris kepemimpin­an negara tidak kira pada peringkat mana sekalipun.

Katanya, golongan itu sekurang-kurangnya akan menjadi ketua keluarga, ketua di tempat kerja, pemimpin komuniti setempat atau masyarakat.

“Satu daripada kriteria atau ciri penting untuk menjadi pemimpin adalah akhlak mulia dan nilai hidup yang baik. Nilai sedemikian menjadi asas penting dalam kehidupan seterusnya menjadi pendinding kepada segala perbuatan tidak baik.

“Golongan terpelajar ini perlu masuk ke dalam masyarakat sebagai golongan yang boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Jika tidak kepada generasi terdahulu, setidak-tidaknya kepada generasi sebaya atau yang lebih muda daripada mereka.

“Mahasiswa perlu menjadi suri teladan sebagai kumpulan pembenci rasuah, salah guna kuasa serta penyelewen­gan,” katanya.

Berkongsi peranan AMAR UKM dalam usaha membantera­s gejala rasuah, katanya, pihaknya sedia bekerjasam­a dengan SPRM dalam menyampaik­an mesej berkaitan keburukan rasuah, salah guna kuasa, penyelewen­gan dan kepentinga­n sifat integriti terutama kepada mahasiswa.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya Forum Perdana bertajuk Suburkan Iman tanpa Rasuah yang menampilka­n kehadiran Pegawai Kanan SPRM, Ustaz Nik Mohd Sukiman Nik Yusof; Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, UKM, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurraz­i; Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM sesi 2018/2019, Yusri Kornan.

Program forum ini dihadiri 300 pelajar UKM selain penduduk sekitar Bangi bagi membincang­kan isu rasuah dari perspektif agama.

Hasil program ini memberikan pendedahan kepada warga kampus mengenai apa itu rasuah daripada perspektif agama Islam itu sendiri dan dapat memahami serta menghayati keburukan dan balasan bagi orang yang menerima atau memberi rasuah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia