Berita Harian

VIP 2.0 kembali ke Kampung Preksandai

Destinasi dikekalkan untuk saksikan perubahan penduduk kampung

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kemboja: Seramai 43 mahasiswa Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya (UM) mengambil bahagian dalam Projek Sukarelawa­n Antarabang­sa 2.0 atau lebih dikenali sebagai Volunteer's Internatio­nal

Project 2.0 (VIP 2.0) yang diadakan di Kampung Preksandai, Chlong, Kratie, Kemboja, bulan lalu.

Pengarah program, Muhd Syait Lasemman, 23, berkata aktiviti kesukarela­wanan itu adalah kesinambun­gan projek pertama sebelum ini yang diadakan pada Julai tahun lalu, di samping mendapat kerjasama daripada Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Klinik Kesihatan Pelajar UM.

Beliau berkata, misi kesukarela­wanan itu bertujuan menyumbang bakti kepada masyarakat Islam di Kemboja membabitka­n aspek pendidikan dan kesihatan, terutama bagi penduduk kampung Preksandai.

“Tujuan kami mengekalka­n destinasi ini kerana kami mahu melihat sendiri perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh penduduk kampung di sini secara berterusan, melalui beberapa jenis sumbangan disalurkan antaranya melalui wang ringgit serta bahan bantu mengajar.

“Aktiviti hari pertama dimulakan dengan sesi beramah mesra dengan penduduk kampung dan sukaneka kerana aktiviti riadah dapat memupuk kemesraan antara sukarelawa­n dengan komuniti setempat, bahkan mampu meningkatk­an tahap kecergasan otak kanak-kanak sebelum memulakan sesi pembelajar­an,” katanya kepada BH Varsiti.

Muhd Syait berkata, bersempena lawatan kesukarela­wanan itu, sebanyak 600 kilogram beras, pakaian dan barangan kelengkapa­n solat turut diagihkan kepada 60 keluarga yang kurang berkemampu­an.

Sementara itu, Biro Publisiti dan Multimedia VIP 2.0, Lawren Empaling Gara, berkata banyak pengalaman berharga ditimba peserta selama lapan hari berada di Kampung Preksandai yang mengambil masa kira-kira lima jam dari Phnom Penh.

“Uniknya, kampung ini terletak bersebelah­an dengan Sungai Mekong iaitu sungai terpanjang di Asia Tenggara yang merentasi negara seperti Kemboja, Vietnam dan Laos.

“Kami turut menjamu penduduk di sana dengan juadah Malaysia seperti kurma daging, manakala sup daging dimasak mengikut resipi masyarakat Kemboja,” katanya.

Lawren berkata, walaupun projek siri kedua itu kurang mendapat tajaan besar, pasukannya bertuah kerana menerima tajaan Yayasan Yara untuk disalurkan kepada golongan asnaf Kampung Preksandai.

“Bagi sesi kali ini, kami cuba meningkatk­an taraf kualiti pendidikan untuk anak-anak di sana pada tahap lebih tinggi dan fokus kepada kepentinga­n penjagaan kesihatan kerana tahap kesedaran mereka terhadap aspek ini masih rendah,” katanya.

 ??  ?? Sukarelawa­n VIP 2.0 bergambar kenangan ketika melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Phnom Pehn, Kemboja, baru-baru ini.
Sukarelawa­n VIP 2.0 bergambar kenangan ketika melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Phnom Pehn, Kemboja, baru-baru ini.
 ??  ?? Pasukan sukarelawa­n VIP 2.0 menaiki lori untuk memasuki kawasan Kampung Preksandai yang mengambil masa selama 20 minit perjalanan.
Pasukan sukarelawa­n VIP 2.0 menaiki lori untuk memasuki kawasan Kampung Preksandai yang mengambil masa selama 20 minit perjalanan.
 ??  ?? Peserta bergotong-royong melapah daging lembu sebagai persiapan menjamu penduduk kampung.
Peserta bergotong-royong melapah daging lembu sebagai persiapan menjamu penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia