Berita Harian

Kenali budaya komuniti Muslim Beijing di Bukit Batu Lebah

-

Kuala Lumpur: Sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabang­sa Maus laysia (UIAM) Kampu Pagoh, Muar, mengadakan program Mobility Ouchina, treach 3.0 ke Beijing China baru-baru ini, bertujuan memba antu komuniti Cina Muslim di sana, di samping bagi memberikan sumbangan kepada beberapa masjid terpilih iaitu Masjid Niu Jie dan Masjid Qianmen.

Pengarah program, Mohd Aasim Addli, 22, berkata aktiviti kembara

yang disertai seramai 12 mahasiswa itu membabitka­n kerjasama Persatuan Pelajar Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLMSS) dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Beliau yang juga mahasiswa KLMS berkata, program yang diadakan pada 16 hingga 23 Jun lalu itu membolehka­n peserta menimba pengalaman baharu antaranya mempelajar­i amalan dan budaya masyarakat Islam di Beijing dengan lebih dekat.

“Kami berpeluang menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di Masjid Niu Jie, memberi sumbangan al-quran dan tafsir serta sejumlah wang kepada imam masjid berkenaan, manakala menyumbang dua tafsir al-quran kepada imam Masjid Qianmen selepas jemaah menunaikan solat Jumaat.

“Peserta juga berpeluang melihat ukiran dan seni bina kreatif Masjid Niu Jie yang amat menarik, malah persekitar­annya nyaman kerana terdapat saluran udara dipasang di dalamnya seperti dilengkapi penyaman udara atau kipas,” katanya.

Mohd Aasim berkata, kurang lengkap aktiviti ke bumi Beijing sekiranya tidak berkunjung ke Tembok Besar China yang memiliki pemandanga­n indah dan mempesonak­an.

“Menariknya, pada sesi lawatan itu, semua peserta memakai baju tradisiona­l dan baju kurung sebagai usaha memperkena­l serta mengetenga­hkan budaya masyarakat Malaysia kepada penduduk di Beijing.

“Banyak ilmu berguna dipraktikk­an pada lawatan itu seperti menggunaka­n bahasa Mandarin yang dipelajari di universiti ketika berkomunik­asi dengan penduduk setempat, malah kami bertuah kerana komuniti yang ditemui amat menghargai orang luar yang mengunjung­i tempat mereka,” katanya.

 ??  ?? Peserta program Mobility Outreach 3.0: China bergambar bersama-sama pensyarah bahasa Mandarin, Beijing Foreign Studies Universili­ty Outreach 3.0: China bergambar bersama-sama pensyarah bahasa Mandarin, Beijing
Peserta program Mobility Outreach 3.0: China bergambar bersama-sama pensyarah bahasa Mandarin, Beijing Foreign Studies Universili­ty Outreach 3.0: China bergambar bersama-sama pensyarah bahasa Mandarin, Beijing
 ??  ??
 ??  ?? Imam Masjid Qianmen menerima sumbangan dua buah al-quran yang disampaika­n penasihat program, Muhammad Nazirul Mohd Noor, Mohd Aasim (kanan) dan timbalan pengarah program, Muhammad Hanif Naim (kiri).
Imam Masjid Qianmen menerima sumbangan dua buah al-quran yang disampaika­n penasihat program, Muhammad Nazirul Mohd Noor, Mohd Aasim (kanan) dan timbalan pengarah program, Muhammad Hanif Naim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia