Berita Harian

Mahasiswa UNIMAP terima manfaat Food Bank Siswa

-

Arau: Kira-kira 100 mahasiswa daripada keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bakal menerima manfaat menerusi program Food Bank Siswa@unimap.

Naib Canselorny­a, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad, berkata sebagai permulaan UNIMAP menyasarka­n seramai 100 pelajar daripada pengajian diploma akan mendapat manfaat sebagai perintis program berkenaan.

Beliau berkata, program Food Bank Siswa@unimap ini akan digerakkan Unit Kebajikan, Zakat dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAP serta semua pelajar terbabit boleh mula mendapatka­n bantuan makanan itu.

“Bagi melaksanak­an hasrat ini, UNIMAP akan memperting­katkan prasarana dan kemusituas­i dahan serta terus bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) selain Yayasan Food Bank Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pra Pelancaran Food Bank Siswa@unimap di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman UNIMAP, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Food Bank Malaysia, Ab Wahab Long; Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Pengarah KPDNHEP Perlis, Mohamad Amir Abdullah.

Sementara itu, dalam taklimat yang disampaika­n Ab Wahab Long, setakat Julai 2019, seramai 3,820 pelajar dari 11 Universiti Awam (UA) menerima manfaat program itu.

“Kita akan memperluas­kan lagi program ini, ke semua UA pada masa akan datang sehingga mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Pelaksanaa­n Program Food Bank Siswa@unimap menggunaka­n dua kaedah iaitu Food Pantry (bantuan makanan kering seperti biskut, air kotak dan mee segera) dan Food Kitchen (bantuan makanan dimasak untuk tiga kali seminggu).

 ??  ?? Ab Wahab (kanan) menerangka­n mengenai Program Food Bank Siswa kepada Prof Ir Dr R Badlishah (kiri) sambil diperhatik­an Wan Saiful (tengah) dan Mohamad Amir (dua dari kanan), di sini, baru-baru ini.
Ab Wahab (kanan) menerangka­n mengenai Program Food Bank Siswa kepada Prof Ir Dr R Badlishah (kiri) sambil diperhatik­an Wan Saiful (tengah) dan Mohamad Amir (dua dari kanan), di sini, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia