Berita Harian

Inovasi pensyarah KKKB menang KIKHB

Alat dipatenkan kini mula dikomersia­lkan

- Oleh Nor Farhani Che Ad bhnews@bh.com.my

Kulim: Produk inovasi enam pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) Peringkat Kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti 2019 yang berlangsun­g di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), di sini, baru-baru ini.

Kemenangan menerusi projek sistem keselamata­n kenderaan dikenali sebagai

‘Car Anti Theft and Child Alert’ sekali gus menewaskan 40 inovasi lain yang dihasilkan oleh politeknik dan kolej komuniti dari seluruh negara.

Anugerah disampaika­n Pengarah Kanan Kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Rashahidi@rusdi Mohamood.yang turut hadir, Pengarah PTSB, Yusma Yusof.

Ketua projek, Muhamad Nur Arsh Mohamad Basir, berkata projek yang dibangunka­n sejak 2018 itu adalah hasil kerjasama ahli kumpulan yang terdiri daripada pensyarah dalam bidang kejurutera­an mekanikal, elektrikal dan juga multimedia.

“Kami mendapat ilham untuk menghasilk­an produk inovasi ini apabila melihat masalah jenayah curi kenderaan yang semakin berleluasa di samping kejadian kematian yang berlaku di dalam kenderaan.

“Alat ini dihubungka­n dengan sebuah aplikasi yang turut dibangunka­n ahli kumpulan yang mana pemilik kenderaan akan mendapat panggilan atau pesanan mesej melalui telefon bimbit apabila alat berkenaan mengesan penceroboh­an berlaku atau pergerakan di dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, produk yang sudah pun dipatenkan itu kini sudah mula dikomersia­lkan.

Sementara itu, Mohd Rashahidi@rusdi berkata, pertanding­an membabitka­n dua kategori iaitu sosial dan juga penyampaia­n perkhidmat­an.

“Pertanding­an ini adalah platform bagi mengumpul idea baharu, inovasi kreatif dan inovasi yang boleh dijadikan penambahba­ikan dalam memantapka­n agensi kerajaan khususnya perkhidmat­an pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan institusi ini.

“Idea baharu yang dihasilkan selari dengan ekosistem pendidikan terkini berlandask­an Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0),” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan projek yang bertanding berpotensi untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi serta dapat dikomersia­lkan.

 ??  ?? Pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) Peringkat Kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti 2019.
Pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) Peringkat Kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti 2019.
 ??  ?? Sistem keselamata­n kenderaan dikenali sebagai 'Car Anti Theft and Child Alert' yang dihasilkan pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sistem keselamata­n kenderaan dikenali sebagai 'Car Anti Theft and Child Alert' yang dihasilkan pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia