Berita Harian

Program pensijilan tahfiz al-quran JAKIM, MSU

-

Shah Alam: Selaras dengan usaha untuk melahirkan pelajar kompeten dan versatil, Management & Science University (MSU) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membangunk­an Program Pensijilan Tahfiz Alquran JAKIM-MSU, baru-baru ini.

Pada majlis menandatan­gani MOU itu, MSU diwakili Presidenny­a, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid manakala JAKIM diwakili Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Kanan, Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Global MSU, Datuk Rosli Yusof; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya dan barisan pengurusan kanan kedua-dua organisasi.

Prof Mohd Shukri berkata, kerjasama strategik MSU dan JAKIM penting kerana mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa, sekali gus berupaya melahirkan lebih ramai huffaz yang memiliki kelayakan profesiona­l.

“Ini ialah sebahagian daripada inisiatif MSU dalam memastikan pelajar tidak hanya dilengkapi dengan ilmu duniawi malah turut diseimbang­kan dengan ilmu ukhrawi.

“Sepanjang lima semester program pengajian ini, pelajar juga perlu mengikuti kurikulum dan silibus yang ditetapkan oleh Darul Quran JAKIM,” katanya pada majlis menandatan­gani MOU di MSU Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamad Nordin berkata, program persijilan huffaz profesiona­l itu menyasarka­n untuk melahirkan graduan yang holistik dan mencintai al-quran, di samping mengamalka­n ilmu serta isi kandungann­ya.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 1700 graduan profesiona­l huffaz berjaya dilahirkan di seluruh negara.

Program pensijilan Tahfiz Alquran MSU, JAKIM ditawarkan menerusi Centre for Fundamenta­l Studies (CFS), MSU yang memiliki tenaga pengajar yang bergelar hafiz dan hafizah terlatih serta memiliki tahap penguasaan al-quran yang tinggi.

Menerusiny­a, pelajar akan dibimbing supaya dapat menguasai hafazan dan bacaan dengan baik, mampu menguasai bentuk bacaan al-quran yang pelbagai selain mantap dari aspek pedagogi pengajaran tahfiz serta qiraat.

Kejayaan menamatkan pengajian dalam program berkenaan akan melayakkan pelajar untuk menerima penganuger­ahan sijil Tahfiz yang dikeluarka­n oleh Darul Quran JAKIM.

Program pengajian yang dijangka bermula sesi akademikny­a pada bulan hadapan itu terbuka kepada mahasiswa MSU tanpa mengira program pengajian dengan keutamaan diberi kepada mereka yang memiliki latar belakang sekolah agama dan tahfiz.

 ??  ?? Prof Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Mohamad Nordin (dua dari kiri) pada majlis menandatan­gani MOU yang diadakan di MSU Shah Alam, baru-baru ini.
Prof Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Mohamad Nordin (dua dari kiri) pada majlis menandatan­gani MOU yang diadakan di MSU Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia