Berita Harian

Jual kemeja-t bertemakan motif Sabah, Sarawak

Terima Anugerah Usahawan Siswa Terbaik UPSI 2018

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pada awalnya, usahawan muda dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Elysiana Jemaslin memilih untuk menjalanka­n perniagaan percetakan baju kerana tidak mahu membazirka­n biasiswa yang diperoleh ketika menuntut di peringkat ijazah.

Pelajar Sarjana Pendidikan Seni itu membuat keputusan untuk membeli mesin mencetak baju supaya mendapat hasil di kemudian hari sekali gus dapat mengelakka­n beliau membelanja­kan wang biasiswa berkenaan untuk perkara yang tidak perlu.

Tambahan pula, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual itu sudah terbiasa menguruska­n perniagaan kerana ibu bapanya juga turut terbabit dalam bidang keusahawan­an sejak beliau berada di bangku sekolah rendah lagi.

“Perniagaan yang dijalankan ini memberi fokus kepada percetakan kemeja-t yang bermotifka­n Sabah dan Sarawak kerana saya mahu memberi nafas baharu kepada motif ini melalui inovasi.

“Generasi muda sekarang kebanyakan­nya memandang kolot akan pakaian tradisiona­l, justeru itu saya buat inovasi supaya mereka dapat menikmati motif dan makna di sebalik penghasila­n motif tanpa menggunaka­n pakaian tradisiona­l yang sebenar,” katanya.

Elysiana yang memulakan perniagaan percetakan secara serius pada penghujung 2017 cuma berbekalka­n modal permulaan sebanyak RM5,000 yang diperoleh hasil daripada duit biasiswa pengajian.

Siapa sangka, pelaburan yang dibuat itu membuahkan hasil lumayan pada hari ini sehingga membolehka­n gadis manis yang berasal dari Sabah itu dipilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Siswa Terbaik pada Anugerah Keusahawan­an UPSI (EA@UPSI 2018), baru-baru ini.

Anugerah itu diberikan kepada Elysiana selepas beliau berjaya menjana hasil jualan kira-kira RM198,000 pada tahun lalu.

Berkongsi mengenai produk yang dihasilkan, anak kedua daripada enam adik beradik itu berkata, terdapat empat jenis motif yang digunakan iaitu vinusak, corak linongkita­n rungus, pua kumbu Sarawak dan tatu Iban Sarawak.

“Setiap motif mempunyai falsafah tersendiri seperti vinusak yang bermaksud bunga daripada pokok kayu kapur dan ini menceritak­an latar belakang masyarakat rungus Sabah yang rajin berusaha serta mempunyai daya pemikiran kreativiti yang tinggi sejak dulu lagi.

“Motif tatu Iban pula dipilih kerana ia menceritak­an mengenai kepahlawan­an dan keberanian masyarakat Iban dalam mempertaha­nkan nusa tercinta tetapi kebanyakan agama melarang lukisan tatu pada badan dan disebabkan itu, saya gunakan rekaan tatu ini sebagai motif pada baju supaya warisan ini tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Sudah tentunya, setiap usahawan muda seperti Elysiana berdepan cabaran tersendiri dalam membahagik­an masa untuk komitmen akademik dan perniagaan.

“Tidak dinafikan, pengurusan masa yang bijak sangat penting supaya kedua-duanya berjalan seiring dan saya bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga, rakan dan pensyarah.

“Setiap kali perlu menyiapkan tempahan pelanggan pula, saya akan mengambil dua pekerja sambilan bagi membantu dan melancarka­n lagi urusan perniagaan saya,” katanya.

 ??  ?? Elysiana ketika terpilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Siswa Terbaik pada Anugerah Keusahawan­an UPSI (EA@UPSI 2018), baru-baru ini.
Elysiana ketika terpilih sebagai penerima Anugerah Usahawan Siswa Terbaik pada Anugerah Keusahawan­an UPSI (EA@UPSI 2018), baru-baru ini.
 ??  ?? Elysiana (dua dari kiri) menunjukka­n kemeja-t yang dihasilkan.
Elysiana (dua dari kiri) menunjukka­n kemeja-t yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia