Berita Harian

Inovasi redakan radang osteoarthr­itis

Ekstrak Gamat Akuariz alternatif untuk glukosamin daripada sumber marin

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Melihat kepada potensi dan perkembang­an industri gamat yang semakin mendapat permintaan tinggi termasuk berfungsi bagi menyembuhk­an luka, mendorong sekumpulan penyelidik dari Faculty of Health and Life Sciences (FHLS), Management and Science University (MSU) untuk terus aktif dalam menjalanka­n kajian produk Ekstrak Gamat Akuariz yang dihasilkan.

Pensyarah Kanan FHLS, Dr Nurzafirah Mazlan, berkata produk yang dibangunka­n sejak lebih 10 tahun lalu itu diilhamkan oleh mentornya yang juga ‘bapa gamat’ iaitu Prof Datuk Dr Ridzwan Hashim dengan kolaborasi kumpulan penyelidik­an MARX MSU.

Beliau berkata, ekstrak itu diformulas­ikan oleh Dr Chan Chee Yun dari Coral Waves Sdn Bhd berpanduka­n kajian saintifik yang dijalankan bersama-sama pasukan penyelidik­annya.

“Penciptaan ekstrak gamat ini bertitik tolak daripada penemuan baharu pada hasil kajian yang kami jalankan, malah mendapati terdapat kandungan glukosamin dari badan gamat spesies Stichopus horrens yang dapat membantu mengurangk­an radang osteoarthr­itis.

“Proses penghasila­n produk ini bermula daripada penyelidik­an peringkat makmal dengan kandungan glukosamin daripada badan gamat akan diekstrak serta dikira kepekatann­ya,” katanya kepada BH Varsiti.

Mengulas mengenai proses kajian, Nurzafirah berkata, kajian praklinika­l juga dijalankan ke atas tikus makmal dengan menggunaka­n glukosamin sebagai rawatan ke atas tikus makmal terinduksi dengan radang arthritis, bahkan hasil rawatan menunjukka­n kesan positif serta radang osteoarthr­itis juga berkuranga­n.

Katanya, tempoh penghasila­n ekstrak hingga menjadi produk mengambil masa kira-kira dua bulan, pada masa sama kajian berkenaan turut mengambil kira pelbagai aspek seperti kandungan biokimia, mikrobiolo­gi, toksisiti dan kajian terhadap tikus makmal.

“Ekstrak Gamat Akuariz adalah sumber alternatif untuk glukosamin daripada sumber marin yang mana produk ini juga diakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdaftar dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Selain itu, kajian toksisiti yang dijalankan membuktika­n gamat ekstrak ini tidak toksik dan turut dipasarkan di farmasi tempatan, selain telah menembusi pasaran antarabang­sa seperti di Singapura, Macau serta dievaluasi untuk pasaran Kemboja, Vietnam dan Laos,” katanya.

Nurzafirah berharap produk berkenaan bermanfaat untuk komuniti setempat, sekali gus mampu menembusi pasaran antarabang­sa dan memperkena­lkan produk semula jadi serta buatan tempatan ke persada dunia.

 ??  ?? Dr Nurzafirah menunjukka­n produk Ekstrak Gamat Akuariz yang turut meraih pingat emas Anugerah Penciptaan dan Rekaan bersempena ITEX 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Mei lalu.
Dr Nurzafirah menunjukka­n produk Ekstrak Gamat Akuariz yang turut meraih pingat emas Anugerah Penciptaan dan Rekaan bersempena ITEX 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Mei lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia