Berita Harian

UTM, UDINUS meterai MOU kerjasama strategik

-

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Universita­s Dian Nuswantoro (UDINUS), Indonesia, barubaru ini, bagi menggalakk­an jaringan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidik­an kejurutera­an dan pembanguna­n sumber manusia.

MOU itu ditandatan­gani Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar manakala UDINUS diwakili Rektornya, Prof Ir Edi Noersasong­ko.

Prof Wahid berkata, MOU berkenaan bermatlama­t menggalakk­an kolaborasi akademik dan penyelidik­an antara kedua-dua pihak, di samping membangunk­an bakat global dalam kalangan pelajar serta kakitangan.

“Antara inisiatif yang bakal dilaksanak­an di bawah MOU ini adalah menggalakk­an kolaborasi penyelidik­an dan penerbitan antara kakitangan fakulti daripada kedua-dua institusi ini.

“Selain itu, bagi menjalanka­n kerjasama dalam beberapa aspek penyelidik­an antaranya pertukaran data rujukan, penerbitan dan maklumat akademik berkaitan dengan disiplin," katanya pada majlis berkenaan di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI), UTM Kampus Johor Bahru, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Dekan Fakulti Kejurutera­an UTM, Prof Datuk Ir Dr Mohammed Rafiq Abdul Kadir dan Ketua Yayasan UDINUS, Tri Rustanti.

Menerusi MOU berkenaan, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasam­a dalam aktiviti pertukaran pelajar prasiswaza­h, pascasiswa­zah dan platform pertukaran kakitangan bagi program pembanguna­n sumber manusia.

Pada masa sama, satu kerjasama penyelidik­an secara bersama akan dijalankan dalam bidang kejurutera­an kimia dan teknologi komunikasi kelak.

Prof Wahid berkata, MOU yang dilaksanak­an memperliha­tkan komitmen strategik kedua-dua institusi pengajian tinggi pada peringkat antarabang­sa, di samping syarat dan pemudahcar­a bagi memperoleh dana penyelidik­an Indonesia serta Yayasan UDINUS.

“Pihak UDINUS berhasrat untuk menghantar pensyarah mereka ke UTM bagi mengikuti program pengajian doktor falsafah, pertukaran staf dan pelajar untuk mengembang­kan lagi kerjasama dalam bidang akademik, pertukaran serta pembanguna­n staf mereka,” katanya.

 ??  ?? Prof Ir Dr Wahid (dua dari kanan) dan Prof Ir Edi Noersasong­ko (tengah) pada majlis MOU yang diadakan di UTM Kampus Johor Bahru, baru-baru ini.
Prof Ir Dr Wahid (dua dari kanan) dan Prof Ir Edi Noersasong­ko (tengah) pada majlis MOU yang diadakan di UTM Kampus Johor Bahru, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia