Berita Harian

Kuah tumpah ke nasi

Haris Aidil meneruskan legasi datuknya dalam dunia seni dikir barat

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Shah Alam: Seni dikir barat sudah tidak asing lagi dalam diri pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM), Wan Muhammad Haris Aidil Abdullah kerana datuknya dulu turut bergiat aktif dalam seni warisan ini sebagai ahli pasukan Dikir Barat Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pelajar Diploma Muzik itu kini mengikut jejak langkah datuknya yang dikenali dengan nama Tok Wan Hassan Gulai Batu dengan menyertai kumpulan Dikir Barat Gema Warisan HIMSAK di bawah Persatuan Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), UITM Shah Alam sebagai tukang karut. Menceritak­an mengenai pembabitan awal beliau dalam seni dikir barat, Wan Muhammad Haris Aidil berkata, semuanya bermula ketika beliau berusia 14 tahun apabila guru sekolahnya menyedari bakat yang dimiliki. “Saya kemudianny­a diminta oleh guru untuk menyertai pertanding­an dikir barat sempena malam kebudayaan program perkhemaha­n pengakap yang diadakan ketika di bangku sekolah menengah.

“Bermula dari situ, saya mendapat pendedahan lebih meluas mengenai seni dikir barat, malah pada awal pembabitan, saya terlebih dulu diberi tanggungja­wab sebagai pemain muzik seperti gendang dan menjadi awak-awak untuk kumpulan dikir barat," katanya. Sepanjang bergiat aktif dalam dikir barat, anak muda yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan itu sudah membuat lebih 50 persembaha­n dan menjadikan legenda dikir barat, Halim Yazid sebagai idola.

Bagi sesi latihan pula, Wan Muhammad Haris Aidil menyertai rakan pasukan membuat latihan pada setiap Jumaat, bermula jam 9 malam hingga 11 malam dan sekiranya perlu menyertai pertanding­an, ia dibuat setiap hari selama sebulan. Berkongsi cabaran bergiat aktif dalam pasukan dikir barat dan dalam masa yang sama perlu menghadiri sesi kuliah, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, saat menyertai pertanding­an adalah paling menguji buat individu yang bergelar tukang karut.

“Ini kerana tukang karut perlu menjalani sesi latihan yang panjang berikutan setiap pertanding­an mempunyai enam irama karut yang perlu dipenuhi sebagai syarat pertanding­an.

“Daripada enam jenis irama berkenaan, karut pattani adalah yang paling mencabar kerana perlu mengikuti sebutan tertentu dan tukang karut perlu pandai bermain emosi,” katanya.

 ??  ?? Wan Muhammad Haris Aidil mula berkecimpu­ng dalam dikir barat sejak dari bangku sekolah.
Wan Muhammad Haris Aidil mula berkecimpu­ng dalam dikir barat sejak dari bangku sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia