Berita Harian

Mahir berbahasa Mandarin

-

Shah Alam: Gadis manis berasal dari Shah Alam, Selangor, Nur Emilia Adam Wong, 20, bertuah kerana latar belakang keluarga yang berketurun­an Cina membolehka­n beliau memiliki kemahiran berkomunik­asi dalam bahasa ketiga itu.

Bagi pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), kebolehan berbahasa ketiga menjadi bonus kepada beliau apabila ingin menceburi dunia pekerjaan kelak.

“Dalam konteks saya, kebolehan ini boleh digunakan untuk membantu saya mencapai citacita bergelar pegawai diplomatik suatu hari nanti.

“Kelebihan yang dimiliki ini juga membolehka­n saya diberi kepercayaa­n untuk mengendali­kan beberapa program anjuran PSA yang membabitka­n pelajar dari China, sekali gus meningkatk­an lagi keyakinan saya untuk berkomunik­asi di depan khalayak,” katanya.

 ??  ?? Nur Emilia bercita-cita mahu menjadi pegawai diplomatik.
Nur Emilia bercita-cita mahu menjadi pegawai diplomatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia