Berita Harian

SP Setia tumpu projek kediaman bertanah

Syarikat yakin rumah teres dapat permintaan tinggi

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

SP Setia Bhd yakin dengan prospek pasaran kediaman bertanah berbanding kediaman bertingkat yang berdepan lambakan unit tidak terjual sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Khor Chap Jen, berkata ia berdasarka­n prestasi jualan meyakinkan bagi projek kediamanny­a di Lembah Klang yang mencatatka­n jualan melebihi 90 peratus.

“Kami masih melihat permintaan yang tinggi bagi segmen kediaman rumah teres dua tingkat, seperti mana kita lihat kemajuan di beberapa projek utama di Setia Alam, Setia Eco Park, Setia Safiro, Setia Ecohill 1 & 2 yang mencatatka­n lebih 90 peratus jualan dan ada di antaranya sudah habis dijual walaupun baru sahaja dilancarka­n.

“Melihat kepada situasi pasaran ketika ini, hartanah komersial dan kediaman bertingkat kekal mengalami kelembapan dan sukar untuk dijual namun bagi kediaman tipikal seperti teres dua tingkat masih banyak permintaan dan kumpulan akan terus memenuhi permintaan dalam segmen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pengumuman prestasi kewangan suku kedua kumpulan di Kuala Lumpur, semalam.

SP Setia mencatatka­n keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM138.73 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019, berbanding RM442.74 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi suku itu, bagaimanap­un meningkat kepada RM1.34 bilion daripada RM925.97 juta sebelumnya.

Bagi tempoh enam bulan 2019, keuntungan bersih pemaju hartanah itu merosot kepada RM191.55 juta berbanding RM504.23 juta pada tahun sebelumnya manakala perolehan meningkat kepada RM2.20 bilion daripada RM1.58 bilion.

Mengulas mengenai prestasi suku dikaji, Chap Jen berkata, kumpulan menyemak semula sasaran jualan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 kepada RM4.55 bilion daripada RM5.65 bilion berikutan keadaan makro ekonomi yang tidak menentu dan pasaran hartanah yang kekal suram.

Katanya, kumpulan terus meneliti pasaran hartanah secara dekat dan menyemak semula rancangan pelancaran projek kepada RM3.33 bilion bagi separuh kedua 2019.

“Projek yang dilancarka­n memberi tumpuan di Lembah Klang dengan pelancaran bernilai RM2.32 bilion manakala Johor bernilai RM776 juta,” katanya.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, SP Setia meraih jualan RM1.98 bilion, dengan projek tempatan menyumbang 87 peratus atau RM1.71 bilion daripada jumlah jualan.

Jualan daripada projek tempatan yang diraih kebanyakan­nya daripada kawasan tengah iaitu berjumlah RM1.19 bilion manakala kawasan selatan dan utara menyumbang gabungan jualan berjumlah RM522 juta.

Bagi projek antarabang­sa, UNO Melbourne di Australia dan Daintree Residence di Singapura menyumbang jualan RM222 juta.

 ??  ?? Khor Chap Jen
Khor Chap Jen
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia