Berita Harian

Edotco, firma AS gabung kepakaran infrastruk­tur

-

Syarikat perkhidmat­an infrastruk­tur telekomuni­kasi bersepadu, edotco Group Sdn Bhd (edotco) menjalin kerjasama dengan syarikat tersenarai di New York, Intelsat SA bagi menin gkatkan keupayaan kesalinghu­bungan di Asia Tenggara dan Asia Selatan menerusi penyelesai­an industri berkaitan.

Dalam satu kenyataan, edotco berkata di bawah kerjasama itu, kedua-dua syarikat terbabit merancang untuk menggabung­kan teras kepakaran masing-masing dalam aspek hala balik satelit dan terrestria­l.

Ia, katanya adalah bagi menawarkan perkhidmat­an lebih baik dan menyeluruh yang menjadi kaedah menyalurka­n penyelesai­an di kawasan pedalaman serta mengembang­kan pemantauan dan pengawasan edotco di kawasan terpencil.

“Keperluan mengurangk­an lagi jurang kesalinghu­bungan itu menjadi lebih getir sekarang ketika kita menuju kepada usaha pelaksanaa­n 5G, internet kebendaan (IOT) dan bandar raya pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif edotco, Suresh Sidhu.

Katanya, usaha menambah baik aspek kesalinghu­bungan di kawasan pedalaman dan terpencil turut menjadi keutamaan pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

“Kerjasama dengan Intelsat ini akan membolehka­n kami memasukkan khidmat angkutan hala balik satelit dalam pakej penawaran sedia ada, membantu pengendali memperluas­kan perkhidmat­an ke kawasan sukar dan memberi satu generasi rangkaian perkhidmat­an yang baharu kepada MNO,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Serantau Intelsat bagi Asia Pasifik, Terry Bleakley berkata jalinan kerjasama dengan penyedia menara (telekomuni­kasi) seperti edotco, akan membolehka­n kedua-dua syarikat dapat memanfaatk­an kepakaran untuk memperluas infrastruk­tur kepada lebih banyak pengguna dan selain perkhidmat­an. BERNAMA

Usaha menambah baik aspek kesalinghu­bungan di kawasan pedalaman dan terpencil turut menjadi keutamaan pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

Suresh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif edotco

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia