Berita Harian

Country Garden bangun Lake City@kl North

-

Country Garden Malaysia melancarka­n pembanguna­n terbahruny­a, Lake City@kl North yang menjadi projek pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) bersepadu pertamanya di Kuala Lumpur.

Projek berkenaan berkonsepk­an HOPSCA yang mewakili pembanguna­n hotel, pejabat, taman, pusat membeli-belah, ketersambu­ngan dan komuniti apartmen.

Menerusi pegangan saham bersama Perdana Parkcity, Lake City@kl North dijangka mampu meningkatk­an nilai tarikan dan pelaburan pasaran hartanah di kawasan Utara Kuala Lumpur (KL) yang merangkumi Kepong, Selayang, Sentul, dan Jalan Kuching.

Presiden Wilayah Country Garden Malaysia, Jason Fu, berkata Lake City@kl North memiliki keunikan ciri dengan kawasan kejiranan yang lengkap serta memberi nilai tambah dan berfungsi sebagai bandar yang membolehka­n pembanguna­n berintegra­si melalui sistem pengangkut­an yang cekap.

“Ia terletak di kawasan perdana seluas 32.37 hektar (80 ekar) dan akan membantu merangsang pertumbuha­n aktiviti ekonomi setempat dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu, kemudahan dan pengangkut­an lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pra-tonton projek Lake City@kl North, di Kuala Lumpur, semalam.

Fu berkata, konsep HOPSCA adalah pengenalan baru di Malaysia dan pihaknya komited mencipta pembanguna­n lebih baik bagi masyarakat, sekali gus membantu pembanguna­n ekonomi di kawasan sekitar.

Katanya, setiap projek yang dibangunka­n Country Garden Malaysia adalah hasil daripada perancanga­n yang teliti dengan mengambil kira faktor seperti sumber semula jadi, pengangkut­an awam sedia ada dan kemudahan runcit.

“Kami melihat banyak potensi di Utara KL selain keperluan penduduk yang semakin bertambah. Kami percaya Utara KL bakal menjadi hab utama di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, dengan jangkaan populasi di Utara KL bakal mencecah 10 juta penduduk menjelang 2020 (mengikut Jabatan Perangkaan), Lake City@kl Nourth sememangny­a direka bentuk untuk pelbagai fungsi.

 ?? [Foto Khairul Azhar Ahmad/bh] ?? Fu (tengah) bersama pengurusan Country Garden North, di Kuala Lumpur, semalam. melancarka­n pada majlis pra-tonton projek Lake City@kl
[Foto Khairul Azhar Ahmad/bh] Fu (tengah) bersama pengurusan Country Garden North, di Kuala Lumpur, semalam. melancarka­n pada majlis pra-tonton projek Lake City@kl

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia