Berita Harian

Pitchin sasar jana dana RM16 juta daripada ECF

-

Pitch Platforms Sdn Bhd (pitchin), peneraju pengendali platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) di Malaysia berada dalam landasan kukuh untuk mencapai sasaran menjana dana RM16 juta daripada ECF tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Sam Shafie, berkata setakat Julai lalu, pitchin sudah menjana RM12.9 juta daripada 11 syarikat menerusi platform ECF membabitka­n 400 pelabur.

Beliau berkata, 57 peratus daripada pelabur adalah terdiri daripada pelabur runcit, sementara bakinya adalah pelabur budiman dan pelabur kaya.

Katanya, kebanyakan pelabur yang mendaftar di platform pitchin adalah pelabur yang berumur di bawah 40 tahun.

“Pada Januari lalu, kami menetapkan sasaran untuk menjana RM16 juta. Kami yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan itu apabila setakat ini sudah menjana kira-kira RM13 juta,” katanya ketika ditemui di acara New Age Investment­s yang dianjurkan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) di Kuala Lumpur, semalam.

Setakat 12 Ogos 2019, pitchin sudah menjana RM41.9 juta dana daripada ECF untuk 35 syarikat dengan penguasaan pasaran 80.2 peratus.

Pada masa ini, terdapat 10 syarikat yang dibenarkan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) untuk menawarkan platform ECF bagi membolehka­n usahawan meraih dana dan orang awam untuk melabur.

Sam berkata, SC dijangka akan mengeluark­an rangka kerja pasaran sekunder untuk ECF tahun ini dan pihaknya berminat untuk menjadi pengendali pasaran sekunder itu.

Beliau berkata, dengan adanya pasaran sekunder akan merancakka­n penyertaan pelabur dan meningkatk­an kecairan dalam pasaran berkenaan.

Sementara itu, pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P), Fundaztic.com menyasarka­n untuk menjana dana RM80 juta untuk enterpris mikro, kecil dan sederhana (MSME) tahun ini daripada 1,200 nota pelaburan berbanding RM55.56 juta dan 730 nota ketika ini.

 ??  ?? Sam Shafie
Sam Shafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia