Berita Harian

MNC tawar keuntungan 66.67 peratus

-

Terbitan hak saham keutamaan boleh tukar tidak boleh tebus (ICPS) MNC Wireless Bhd (MNC) menawarkan keuntungan 66.67 peratus jika harga tawaran kekal kepada lapan sen.

Firma penyelidik­an, SJ Securities menerbitka­n laporan ke atas MNC yang memberi tumpuan kepada terbitan hak yang boleh ditolak daripada 50 ICPS dengan satu waran percuma bagi setiap 10 saham MNC sedia ada pada harga terbitan tiga sen.

Dalam istilah awam, ia bermaksud sekiranya memiliki 10 saham MNC sebelum tarikh akhir 6 Ogos 2019, pemegang saham layak melanggan 50 ICPS baharu pada harga 3 sen sesaham dan menerima satu waran percuma selepas melanggan.

Nisbah penukaran merangkumi dua ICPS boleh ditukar kepada satu saham MNC bila-bila masa dalam tempoh 10 tahun.

Sebagai alternatif, satu ICPS ditambah dengan bayaran tambahan tiga sen kepada pendaftar syarikat ICPS juga boleh ditukar kepada satu saham MNC.

Hak langganan dikreditka­n ke dalam akaun pada 8 Ogos dan boleh didagangka­n sehingga 20 Ogos ini.

Merujuk kepada laporan SJ Securities, pelanggan terbitan hak boleh memilih opsyen tunai bagi ICPS di mana pemegang boleh menukar satu satu ICPS kepada satu saham MNC dengan membayar tiga sen lagi kepada pendaftar syarikat.

Opsyen tunai itu memberikan ICPS nilai harga satu saham MNC kurang dari tiga sen.

Oleh itu, harga teori ICPS boleh menjadi lima sen apabila harga saham MNC adalah lapan sen.

Pada harga langganan berjumlah tiga sen, pemegang ICPS akan mendapat pulangan 66.67 peratus ke atas langganan berkenaan.

Begitu juga, jika nilai saksama ICPS 4.5 sen apabila saham MNC berharga 7.5 sen dan pada harga langganan tiga sen, pemegang ICPS dapat menjana pulangan sebanyak 50 peratus.

Awal minggu lalu, firma penyelidik­an, Interpacif­ic Securities juga tampil dengan laporan sama berdasarka­n harga saham MNC pada tujuh sen.

Ciri yang berguna adalah penukaran bagi setiap ICPS juga boleh dilaksanak­an menerusi pilihan tunai tiga sen.

Dalam melaksanak­an opsyen ini, lima ICPS mewakili terbitan hak pemegang saham bagi setiap saham MNC, berhak mendapat keuntungan sehingga satu sen bagi setiap ICPS jika harga saham MNC meningkat kepada tujuh sen, dengan pulangan keseluruha­n adalah lima sen bagi lima ICPS.

Untuk melanggan ICPS, pelabur perlu memiliki saham MNC sebelum tarikh akhir atau melanggan saham yang didagangka­n dari 8 hingga 20 Ogos.

Pelanggan yang berhak boleh memohon lebihan ICPS yang tidak dilanggan oleh pemegang saham lain.

Tempoh masa dan tarikh tutup penerimaan dan pembayaran termasuk lebihan Terbitan Hak dengan permohonan Waran dan pembayaran adalah pada jam 5 petang, 28 Ogos ini.

 ??  ?? MNC beri tumpuan kepada terbitan hak.
MNC beri tumpuan kepada terbitan hak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia