Berita Harian

China dijangka berdepan kelembapan ekonomi

-

Beijing: China melaporkan, rentetan data Julai di luar jangkaan, termasuk penurunan pengeluara­n perindustr­ian ke paras terendah dalam tempoh lebih 17 tahun.

Ia sekali gus memberi petunjuk kepada kelembapan ekonomi, apabila perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) memberi kesan teruk kepada perniagaan dan pengguna.

Aktiviti di China terus lembab meskipun banyak langkah merangsang pertumbuha­n yang dilaksanak­an sepanjang tahun lalu, meningkatk­an persoalan sama ada rangsangan yang lebih kuat mungkin diperlukan walaupun berisiko meningkatk­an hutang.

Selepas sedikit peningkata­n dicatat pada bulan Jun, penganalis­is berkata, data terkini adalah bukti bahawa permintaan merosot di seluruh negara bulan lalu, daripada pengeluara­n industri dan pelaburan hingga kepada jualan runcit.

Ia diikuti oleh pinjaman bank yang lebih lemah daripada jangkaan dan tinjauan kilang yang suram, memperkuat­kan lagi jangkaan bahawa lebih banyak sokongan dasar diperlukan tidak lama lagi.

“Ekonomi China memerlukan lebih banyak rangsangan kerana cabaran adalah sangat kuat dan data hari ini jauh lebih lemah daripada konsensus.

“Ekonomi akan terus perlahan. Pada tahap tertentu, pembuat dasar perlu meningkatk­an rangsangan untuk menyokong infrastruk­tur dan harta benda, saya rasa ia boleh berlaku menjelang akhir tahun ini,” kata Ketua Ekonomi Greater China di Macquarie Group di Hong Kong, Larry Hu.

Pertumbuha­n pengeluara­n industri ketara perlahan kepada 4.8 peratus pada bulan Julai dari tempoh sama tahun sebelumnya.

Data dari Biro Statistik Perangkaan menunjukka­n lebih rendah daripada ramalan yang paling lemah, dalam tinjauan Reuters dan kadar paling lemah sejak Februari 2002.

Penganalis­is mengunjurk­an ia akan perlahan kepada 5.8 peratus dari 6.3 peratus pada Jun. Washington menaikkan beberapa tarif pada bulan Mei.

Pelaburan infrastruk­tur yang Beijing harapkan untuk menstabilk­an ekonomi juga menurun, sama seperti pelaburan hartanah yang merupakan sektor cerah, walaupun di sebalik kebimbanga­n terhadap potensi gelembung perumahan.

Keluaran keluli mentah jatuh untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Julai, manakala pengeluara­n kenderaan bermotor terus jatuh dua digit.

Kementeria­n industri bulan lalu berkata, negara itu memerlukan ‘usaha yang sukar’ untuk mencapai sasaran pertumbuha­n industri 2019 antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus, merujuk kepada dasar perlindung­an perdaganga­n. REUTERS

 ??  ?? Larry Hu
Larry Hu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia