Berita Harian

Korea Selatan mahu gugur Jepun daripada senarai rakan kongsi

-

Seoul: Kementeria­n Perdaganga­n Korea Selatan semalam, memulakan proses untuk menggugurk­an Jepun daripada senarai rakan kongsi perdaganga­n yang dipercayai.

Ia sebagai tindakan balas susulan pertikaian perdaganga­n yang semakin memuncak antara kedua-dua negara jiran Asia itu, lapor agensi berita Yonhap.

Awal minggu ini, Kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk merombak kategori rakan kongsi perdaganga­nnya kepada tiga kumpulan berbanding dua ketika ini, dengan meletakkan Tokyo di tengah-tengah antara kumpulan berkenaan.

Kementeria­n itu berkata, langkah berkenaan akan berkuat kuasa selepas mengumpul pendapat umum selama 20 hari dan melakukan semakan perundanga­n.

Jepun melaksanak­an kekangan eksport terhadap Korea Selatan pada Julai, bermula dengan menyekat penghantar­an tiga bahan penting bagi industri teknologi, yang menjadi tulang belakang Seoul dan mendakwa ekonomi keempat Asia itu mengendali kawalan eksport agak longgar ke atas barangan sensitif.

Tokyo minggu lalu secara rasmi mengumumka­n bahawa, Korea Selatan akan digugurkan daripada senarai rakan kongsi perdaganga­n yang dipercayai­nya mulai akhir bulan ini.

Korea Selatan yang menolak dakwaan itu menyifatka­n langkah Jepun sebagai tindakan balas terhadap satu penghakima­n mahkamah, yang mengarahka­n beberapa firma Jepun untuk membayar pampasan kepada rakyat Korea yang menjadi buruh paksa semasa penjajahan dan pemerintah­an kejam Tokyo dari 1910 hingga 1945 di Semenanjun­g Korea.

BERNAMA

Kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk merombak kategori rakan kongsi perdaganga­nnya kepada tiga kumpulan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia