Berita Harian

› Sawit

- BERNAMA

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s ditutup tinggi sedikit semalam berikutan jangkaan eksport kukuh bagi bulan Ogos.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata berita bahawa cukai eksport MSM Malaysia akan kekal pada sifar peratus juga dilihat sebagai menyokong pasaran dalam tempoh terdekat ini.

“Eksport kukuh akan membantu mengurangk­an lebihan simpanan stok dalam negara.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM2,200 satu tan dan paras ketahanan pada RM2,280 satu tan,“katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi Ogos 2019 dan September 2019 naik RM2 setiap satu masing-masing kepada RM2,174 dan RM2,186 satu tan, manakala Oktober 2019 meningkat RM7 kepada RM2,219 satu tan dan November 2019 menokok RM8 kepada RM2,240 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 58,502 lot daripada 56,687 lot pada Selasa, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 236,043 kontrak daripada 238,318 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Ogos meningkat RM10 kepada RM2,170 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia