Berita Harian

Rugi RM25,498.80 ditipu Macau Scam

Kerani panik kad pengenalan didakwa diguna buat transaksi kad kredit

- Oleh Shahrinnah­ar Latib bhnews@bh.com.my

Kuantan: Seorang kerani di Cameron Highlands kerugian RM25,498.80 selepas diperdayak­an sindiket penipuan Macau Scam yang mendakwa kad pengenalan wanita itu digunakan individu lain untuk membuat kad kredit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila mangsa berusia 39 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa mangsa membuat transaksi kad kredit berjumlah RM6,000.

“Mangsa menafikan dakwaan itu, namun suspek mendakwa kad pengenalan mangsa mungkin disalah guna pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, panggilan itu kemudian disambungk­an kepada seorang lagi suspek kononnya kakitangan Bank Negara untuk tindakan selanjutny­a.

“Selepas itu, panggilan disambungk­an kepada seorang lagi suspek memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis dan meminta nombor kad bank mangsa.

“Mangsa yang panik dan ketakutan terus memberikan semua maklumat akaun banknya kepada suspek. Mangsa kemudian menerima tiga mesej transaksi berjumlah RM25,498 daripada akaun banknya ke akaun individu lain,” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands.

Sementara itu, dalam kes berasingan, lelaki berusia 57 tahun dari Muadzam Shah, Rompin kerugian RM22,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan kes penyeludup­an dadah kelmarin.

Mohd Wazir berkata, mangsa sebelum itu menerima satu panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa mangsa ada membuat pinjaman RM70,000 daripada sebuah bank.

“Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilan disambungk­an kepada seorang lagi suspek bernama ‘Inspektor Imran’ yang memaklumka­n kononnya mangsa terbabit dalam kes penyeludup­an dadah.

“Suspek mengarahka­n mangsa memindahka­n sejumlah wang ke nombor akaun diberikan kononnya bagi tujuan siasatan. Mangsa membuat pindahan wang berjumlah RM22,000 ke nombor akaun diberikan suspek sebelum menyedari dia menjadi mangsa sindiket itu,,” katanya.

Kedua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 39 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa mangsa membuat transaksi kad kredit berjumlah RM6,000.

Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua JSJK Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia