Berita Harian

Kontraktor bina 3 benteng

Binaan dari pantai mengunjur ke laut elak hakis pantai

- Oleh Hassan Omar bhnews@bh.com.my

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, semalam melantik kontraktor bagi membina tiga benteng pemecah ombak bernilai RM500,000 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, bagi mengatasi hakisan pantai yang semakin serius.

Pengarahny­a, Abdul Hakim Hamzah, berkata kontraktor terbabit diberi tanggungja­wab membina benteng pemecah ombak atau ‘groyne’ dari pantai mengunjur ke laut sepanjang antara 40 hingga 50 meter bagi mengelakka­n ombak menghakis pantai.

“Proses pelantikan kontraktor itu agak lewat dibuat kerana projek berkenaan mendapat bantahan segelintir nelayan yang menangkap udang di tepi pantai dengan menggunaka­n langgai.

“Bagaimanap­un, JPS harus mengambil kira kepentinga­n pelbagai pihak, termasuk majoriti nelayan lain yang menyimpan perahu di pangkalan nelayan di tepi pantai dan industri pelanconga­n di kawasan itu yang bakal terjejas jika pantai semakin rosak akibat hakisan,” katanya kepada BH, semalam.

Abdul Hakim berkata benteng berkenaan penting bagi memperlaha­nkan aliran ombak di tengah laut daripada menghempas pantai, sekali gus membantu mengelakka­n hakisan bertambah serius dan memusnahka­n keseluruha­n pantai jika tidak ditangani segera.

Katanya, peruntukan kerajaan negeri itu susulan rayuan dikemukaka­n oleh nelayan termasuk kebimbanga­n mereka mengenai pangkalan dihanyutka­n ombak serta masalah hakisan yang terus menghampir­i pondok menyimpan perahu dan pelbagai peralatan menangkap ikan.

Beliau berkata musim angin selatan yang bertiup sejak awal Julai lalu serta fenomena air pasang penuh menyebabka­n pantai lebih cepat terhakis, sekali gus menyebabka­n lebih banyak pokok ru di tepi pantai menyembah bumi.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Adly Zahari, dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntu­kkan RM500,000 untuk membina tiga benteng berkenaan berikutan hakisan pantai yang menyebabka­n berpuluh pokok ru tumbang.

Ia dibimbangi merosakkan beberapa pangkalan nelayan di pantai berkenaan, selain menjejaska­n industri pelanconga­n yang berkembang pesat sejak 10 tahun lalu.

Pantai Puteri membabitka­n kawasan pantai sepanjang kira-kira 10 kilometer (km) dari pantai Kampung Hailam hingga Kampung Tanah Merah ,manakala kawasan yang terjejas teruk akibat hakisan sekarang ialah di Kampung Pantai Rombang.

JPS harus mengambil kira kepentinga­n pelbagai pihak, termasuk majoriti nelayan lain yang menyimpan perahu di pangkalan nelayan di tepi pantai dan industri pelanconga­n di kawasan itu yang bakal terjejas jika pantai semakin rosak akibat hakisan.

Abdul Hakim Hamzah, Pengarah JPS Melaka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia