Berita Harian

Fikry Ibrahim ikrar jauhi kontrovers­i

Fikry rela ambil masa bina nama, elakkan diri terpalit isu negatif

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Langkahnya bermula bersama ikrar untuk tidak dibelenggu isu kontrovers­i. Fikry Ibrahim juga tidak kisah jika terpaksa bertatih untuk memperkena­lkan bakatnya.

Bermula di pentas program realiti, Lawak Solo pada 2016, Fikry, 25, kini barangkali sudah mampu menarik nafas lega. Anak kelahiran Jitra, Kedah itu tidak kisah terpaksa mengambil sedikit masa memperkena­lkan bakatnya.

Baginya, itu lebih baik daripada berpaut pada kisah kontrovers­i yang lambat-laun menenggela­mkan potensi sebenarnya.

“Selepas tiga tahun, saya akui selesa dengan fasa perjalanan ini. Saya dapat melihat peningkata­n sepanjang perjalanan itu.

“Biarpun tidak terlalu mendadak, perubahan itu saya rasai. Kata orang, biar perlahan, tetapi pasti. Saya lebih selesa apabila bakat diperkatak­an, berbanding kisah peribadi.

“Tiada siapa yang mahu langkah mereka terpalit kontrovers­i. Ada ketika, ia berlaku bukan atas kemahuan diri. Selalu saya berdoa supaya dijauhi kontrovers­i.

“Mungkin hari ini, kita tidak kisah dengan apa yang berlaku. Tetapi, bagaimana pada kemudian hari? Saya tidak mahu diri diingati kerana kisah kontrovers­i. Itu bukan cara saya,” katanya.

Fikry berkata, setiap insan seni mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kehadiran mereka disedari dan diingati. Baginya, dia memilih untuk diingati atas dasar bakat kerana bimbang kontrovers­i berterusan akan memberi impak negatif pada jangka masa panjang.

“Saya banyak melihat bagaimana artis senior menjaga nama dan membina perjalanan kerjaya. Mereka tahu apa yang baik untuk dikongsi dan apa yang perlu dielakkan.

“Ada di antara mereka tidak pernah terpalit dengan kontrovers­i, tetapi masih bertahan. Mereka dihormati, tidak kira dalam apa juga kerjaya yang diterokai,” katanya pada majlis pelancaran kedai gunting rambutnya, Hairfeeks, baru baru ini.

Ketika ini, Fikry berkata, dia hanya mahu menumpukan fokus kepada bidang lakonan dan mengacara, selain perniagaan.

Dia yang baru muncul dengan drama Kau Yang Pertama, siaran slot Akasia TV3 bersama Farah Nabilah, mengakui pernah ditawarkan peluang merakamkan lagu.

Pelawaan itu bagaimanap­un, ditolak kerana dia akur dengan kemampuann­ya.

“Saya tiada bakat dalam bidang nyanyian. Saya tidak mahu tamak merebut segala peluang, sedangkan saya tidak mampu melakukann­ya.

“Bakat saya tidak ke arah itu, jadi lebih baik saya menolak. Jika menyanyi untuk runut bunyi filem atau drama komedi, mungkin boleh saya pertimbang­kan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Fikry berkata, dia masih menanti isyarat untuk melebarkan bakatnya di layar lebar, tahun depan.

“Sebelum ini, saya ada menerima tawaran berlakon filem, tetapi terpaksa dilepaskan kerana terikat dengan penggambar­an drama.

“Jika perancanga­n menjadi kenyataan, saya bersedia melepaskan dahulu tawaran drama. Saya perlukan masa melakukan persediaan sebelum melangkah ke lokasi penggambar­an filem.

“Jika ditanya, saya sebenarnya berminat membintang­i filem aksi. Saya tidak kisah jika perlu ke gimnasium dan membuat latihan yang menuntut kekuatan minda serta fizikal,” katanya.

Menyentuh mengenai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke- 32, Fikry menerima pencalonan awal bagi lima kategori iaitu Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa, Pengacara TV Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular

Menyifatka­n persaingan pada musim ini agak sengit, Fikry berkata, dia enggan meletak harapan terlalu tinggi. Baginya, berada dalam senarai awal sudah cukup membuktika­n, kemunculan­nya disedari.

“Pencalonan pada musim ini lebih mengujakan, terutama apabila nama turut tersenarai dalam kategori Artis Versatil Popular.

“Jika berjaya membolosi Top 5, sudah tentu saya berbangga kerana dapat bersaing dengan nama yang memang saya akui kemampuan dan kehebatan mereka,” katanya.

 ??  ??
 ?? Grafikbh ??
Grafikbh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia