Berita Harian

Perubatan tradisiona­l Melayu rujuk 4 unsur alam

-

Kuala Lumpur: Ilmu perubatan tradisiona­l Melayu merujuk tubuh manusia sebagai komposisi empat unsur, iaitu tanah, air, api dan angin.

Justeru setiap unsur mempunyai ciri tersendiri yang berperanan dalam keseimbang­an tubuh badan termasuk kesejahter­aan peribadi.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim, berkata setiap unsur punya ciri tertentu seperti tanah merujuk kepada sifat sejuk; air (basah atau lembab); api (panas) dan angin (kering).

“Dalam menentukan kesihatan seseorang, keempat-empat unsur ini perlu seimbang kerana sebarang ketidaksei­mbangan menyebabka­n gangguan kepada organ dalam badan seperti hati, paru-paru, jantung dan limpa.

“Justeru, dalam mengatasi masalah, ia perlu bertitik tolak daripada punca terjadinya gangguan itu,” katanya ketika membentang­kan ‘Keuzuran Lelaki dan Wanita: Masalah dalam Keintiman’.

Ab Razak berkata, sekiranya penyakit berpunca daripada unsur api yang bersifat panas, maka anasir air akan digunakan untuk mengekalka­n keseimbang­an tubuh seseorang.

“Sekiranya penyakit berpunca daripada unsur angin bersifat kering, anasir air digunakan untuk mengekalka­n keseimbang­an tubuh.

“Justeru, kaedah perubatan akan membabitka­n makanan atau minuman yang mempunyai ciri-ciri panas, sejuk, kering atau basah,” katanya.

Beliau berkata, ilmu perubatan Melayu yang banyak terkandung dalam kitab tib umumnya banyak menuliskan penyakit lelaki kerana pengarang lazimnya lelaki.

“Penyakit lelaki umumnya berkaitan dengan keuzuran, mengambil kira sudut pandangan agama dan ilmu perubatan semasa.

“Umumnya, sudut pandang agama akan melihat ia sebagai dugaan yang perlu ditempuhi dengan kesabaran, manakala ilmu perubatan Melayu melihat punca datangnya masalah,” katanya.

Ab Razak berkata, ilmu perubatan Melayu akan mengesan ketidaksei­mbangan empat unsur utama yang dikaitkan dengan masalah kesihatan.

“Ilmu Melayu akan melihat dua ciri, iaitu fizikal dan bukan fizikal. Ciri fizikal berkaitan anggota tubuh, manakala ciri bukan fizikal mengenai jiwa yang duga dikenali sebagai semangat,” katanya.

 ?? [Foto Salhani Ibrahim/bh] ?? Sebahagian peserta yang hadir pada Wacana Manuskrip Melayu Ilmu Perkasihan Melayu di Perpustaka­an Negara, Kuala Lumpur.
[Foto Salhani Ibrahim/bh] Sebahagian peserta yang hadir pada Wacana Manuskrip Melayu Ilmu Perkasihan Melayu di Perpustaka­an Negara, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Dr Ab Razak Ab Karim
Dr Ab Razak Ab Karim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia