Berita Harian

Pemandu makin hilang hormat

-

Kes buli di jalan raya tambah menjadi-jadi kebelakang­an ini kerana sikap masyarakat kita yang semakin hilang sabar dan gagal melawan perasaan marah.

Terbaru kita dikejutkan insiden seorang lelaki maut selepas perselisih­an faham berpunca daripada kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban berhampira­n susur Bandar Baru Bangi.

Kejadian itu seharusnya membuka mata kita mengenai persoalan sudah semakin hilangkah adat sopan ketimuran kita semua sehingga terlalu cepat menurut rasa hati dan emosi?

Ke mana perginya kewarasan fikiran sehingga semakin gagal untuk membuat pertimbang­an terutama ketika di jalan raya.

Sesuatu yang cukup dikesalkan apabila perkara yang sepatutnya boleh diselesaik­an secara baik bertukar tegang sehingga mencetuska­n insiden maut.

Melihatkan satu demi satu insiden yang semakin hari membimbang­kan, timbul juga ketakutan mengenai nasib masyarakat yang wujud di negara kita pada masa depan.

Bila budi bahasa semakin hilang bukan saja sikap hormat menghormat­i sesama insan juga akan terhakis, tetapi akan melahirkan masyarakat yang mementingk­an diri sendiri.

Nampaknya kisah pembuli jalan raya seperti ‘Abang Botak’ dan wanita yang mengamuk dengan kunci stereng dulu belum dapat mengajar masyarakat kita bahawa sikap panas baran ketika di jalan raya bukan saja membahayak­an pengguna lain.

Ia juga menjatuhka­n air muka pelaku sendiri apabila seluruh negara memperkata­kannya.

Risiko keselamata­n jalan raya hari ini bukan lagi tertumpu kepada keselamata­n fizikal, tetapi lebih penting kesihatan mental pemandu.

Mungkin sudah tiba masanya Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya dan Kementeria­n Kesihatan menumpukan kepada pengendali­an emosi dan bagaimana untuk mengawal perasaan ketika di jalan raya sebagai usaha membentuk sikap pemanduan yang lebih berhemah.

Mengetahui dan memahami undang-undang jalan raya saja belum mencukupi untuk lulus ujian dan mendapatka­n lesen memandu, lebih penting sekarang adalah pembentuka­n sikap pemandu.

Fikri Ahmad Kajang, Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia