Berita Harian

Visa Furada banyak undang masalah

-

Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa sudah sampai masanya, kerajaan kita menegaskan kepada Arab Saudi supaya visa furada tidak lagi dikeluarka­n kepada rakyat Malaysia bagi tujuan tunai haji, walaupun visa ini diberi percuma.

Visa Furada adalah visa haji yang diperoleh melalui urusan terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan ia tidak membabitka­n kuota haji sesebuah negara.

Kebiasaann­ya ia diberikan pada saat akhir berdasarka­n kepada kekosongan yang ada.

Dengan adanya visa Furada ini, orang tidak bertanggun­gjawab akan mengambil kesempatan demi mencapai keuntungan mereka, sedangkan di sebalik itu ada yang menjadi mangsa penipuan.

Oleh itu, berhentika­n pemberian visa ini demi untuk menghalang kejadian seumpama ini berlaku lagi pada masa akan datang.

Lihatlah bertapa rakusnya, pihak yang tidak bertanggun­gjawab mengaut untung sehingga berlipat ganda atas jualan visa ini dengan tidak dikawal oleh sesiapa.

Adalah diharap, pihak kerajaan Malaysia memandang serius masalah ini, yang ditanggung oleh ramai mangsa penipuan.

Abdullah Othman Kuala Lumpur

Kebiasaann­ya visa furada diberikan pada saat akhir berdasarka­n kepada kekosongan yang ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia