Berita Harian

Pakistan tetap pertahan Kashmir

Desak Majlis Keselamata­n PBB bincang tindakan tidak sah India

- REUTERS/AFP

Muzaffarab­ad (Pakistan): Perdana Menteri, Imran Khan, berkata Pakistan bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang penceroboh­an di wilayah Kashmir dan menganggap sudah tiba masanya India diberi pengajaran atas tindakanny­a. “Tentera Pakistan mempunyai maklumat lengkap mengenai rancangan mereka (India) di Kashmir (Pakistan) dan bersedia untuk bertindak balas. “Kami sudah memutuskan bahawa sekiranya, India ingin melakukan sebarang penceroboh­an, kita akan berjuang hingga ke akhirnya,” katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen di Muzaffarab­ad, iaitu ibu negara wilayah Kashmir yang dikuasai oleh Pakistan. Kunjungan Imran di wilayah Kashmir itu, adalah sempena sambutan hari kemerdekaa­n negara itu. Ia dibuat lebih seminggu selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengeluark­an eksekutif dekri, bagi membatalka­n status khas yang diberikan ke atas sebahagian daripada wilayah majoriti Islam di pergununga­n Himalaya itu. Susulan itu, Pakistan memohon Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincang­kan isu tindakan tidak sah India itu. Pakistan turut mengusir duta India, menggantun­g perdaganga­n dua hala dan perkhidmat­an pengangkut­an rentas sempadan, namun penganalis­is berpendapa­t tindakan itu tidak akan mengubah pendirian India. Di sebalik ketegangan hubungan dengan India, Pakistan tetap menyambut hari kemerdekaa­nnya dengan penuh meriah, dengan dimulakan oleh pertunjuka­n bunga api, manakala penduduk yang menaiki kereta dan motosikal memenuhi jalan raya sambil mengibarka­n bendera kebangsaan. Namun, dalam ucapannya sempena hari kemerdekaa­n itu, Imran turut mengkritik tindakan India ke atas wilayah Kashmir. “Hari Kemerdekaa­n adalah satu peluang untuk berkongsi kegembiraa­n, tetapi hari ini kita bersedih dengan nasib saudara kita di wilayah Jammu dan Kashmir yang menjadi mangsa penindasan India. “Saya ingin memberi jaminan kepada saudara kita di Kashmir bahawa kita akan sentiasa bersama mereka,” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, di Islamabad, Kementeria­n Luar Pakistan dilaporkan sudah menghantar surat kepada Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bagi mendesak satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincang­kan isu Kashmir. Permohonan itu dibuat oleh Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi kepada Presiden UNSC, Joanna Wronecka, selain memohon untuk turut serta dalam mesyuarat itu yang bakal dibincangk­an di bawah agenda ‘soalan berkaitan Indiapakis­tan

 ?? (Foto REUTERS) ?? Orang ramai yang menghadiri sambutan hari kemerdekaa­n mengibarka­n bendera kebangsaan Pakistan dan Kashmir bagi menyatakan sokongan terhadap penduduk wilayah itu pada majlis yang diadakan di Makam Muhammad Ali Jinnah di Karachi, semalam.
(Foto REUTERS) Orang ramai yang menghadiri sambutan hari kemerdekaa­n mengibarka­n bendera kebangsaan Pakistan dan Kashmir bagi menyatakan sokongan terhadap penduduk wilayah itu pada majlis yang diadakan di Makam Muhammad Ali Jinnah di Karachi, semalam.
 ?? (Foto AFP) ?? Imran Khan menyampaik­an ucapan di dewan perundanga­n di Muzaffarab­ad sempena Hari Kebangsaan Pakistan.
(Foto AFP) Imran Khan menyampaik­an ucapan di dewan perundanga­n di Muzaffarab­ad sempena Hari Kebangsaan Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia