Berita Harian

UNICEF digesa tarik balik gelaran Priyanka Chopra

-

Islamabad: Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan, Shireen Mazari menggesa Tabung Kanak-kanak Antarabang­sa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menarik semula gelaran Duta Muhibbah PBB daripada pelakon Priyanka Chopra kerana tindakanny­a, menyokong tentera India.

“UNICEF perlu menarik semula gelaran Duta PBB daripada Priyanka Chopra dengan segera atas sokongan beliau terhadap tentera India dan kerajaan ‘ganas’ Modi.

“Jika tidak ia hanya merosakkan gelaran itu. UNICEF perlu lebih berhati-hati dengan pemberian gelaran itu,” kata Mazari menerusi Twitter semalam.

Priyanka dikecam penyokong pro Pakistan apabila menyatakan sokongan ke atas tentera India dan menyeru mereka berperang dengan Pakistan selepas serangandi Pulwama, khususnya ketika ketegangan antara dua negara jiran itu semakin memuncak.

Dalam satu majlis di Los Angeles baru-baru ini, seorang wanita Pakistan dikenali sebagai Ayesha Malik, melaung dan menuduh aktres kelahiran India itu sebagai seorang hipokrit kerana menggalakk­an perang nuklear ke atas Pakistan.

Tambahnya lagi, “Anda adalah duta UNICEF untuk keamanan dan anda menggalakk­an perang nuklear terhadap Pakistan. Tiada pemenang dalam hal ini.

“Sebagai seorang rakyat Pakistan, jutaan individu seperti saya menyokong anda dalam industri Bollywood dan anda mahukan perang nuklear,” katanya.

Bagaimanap­un, kecaman itu dibalas semula Priyanka yang mempertaha­nkan tindakan itu sebagai tanda cinta kepada negara kelahirann­ya.

“Saya memiliki ramai sahabat dari Pakistan dan saya berasal dari India.

“Peperangan bukan sesuatu yang saya gemari, namun saya seorang yang patriotik jadi saya meminta maaf jika saya menyinggun­g sentimen orang yang menyukai saya.

“Namun, saya berpendapa­t kita semua perlu memiliki pendirian masing-masing. Sama seperti anda. Cara anda menghampir­i saya ketika ini... tolong jangan menjerit. Kita semua berada di sini dengan penuh kasih sayang,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia